R || 36

2K 93 0
                                    

.....

ARYSSA masuk ke pejabat bersama senyuman di bibir. Semua yang menegurnya hari ini, disambut dengan baik. Dua hari bercuti membuatkan dia dan Ashraff berehat dengan secukupnya. Di tambah esoknya cuti hujung minggu, memang mereka guna dengan sebaiknya.

"Amboi, Rysa... Happy nampak? Empat hari bercuti ke mana? Tahu-tahu aje ambik cuti dua hari. Nasib Encik Haykal tak ada selama dua hari itu. Kalau tak, hmm habis lah akak di soal siasat." penuh dramatik Kak Sya bertutur. Maklumlah, selama bekerja dengan lelaki bernama Haykal. Jarang dia cover kerja orang lain.

Aryssa ketawa kecil. Bibirnya mengukir senyum.

"Terima kasih akak sebab sudi cover, bantu dan  ajar Rysa cara nak pikat suami. Tak pasal-pasal pagi tu kami terlajak tidur. Tu bangun aje dari tidur terus ambik cuti. Ingat nak berehat tapi  akak fahamlah lelaki. Tak cukup dengan tu, dia ajak saya naik Genting pula."

Lebar bibir Kak Sya dengar cerita dari majikannya. Walaupun Aryssa merupakan sepupu Haykal dan anak kepada pemilik Eldrin Architect. Gadis itu tak pernah sombong dan berlagak dengannya.

"Wah! Suka akak dengar cerita kamu, Rysa. Akak harap kamu jangan malu-malu lah nak tanya akak pasal hal rumah tangga. Tanya aje. In Sha Allah, akak akan tolong Rysa."  ujar Kak Sya.

Aryssa ukir senyum gembira. Senang hatinya kerana dapat luahkan perasaannya tika ini. Nak bual dengan sepupunya, nampak macam tak sesuai kerana masing-masing bujang.

"By the way, Rysa. Akak tak tahulah ni akak punya perasaan atau apa? Tapi nasib akak rasa Lara cuba buat sesuatu dekat kamu lah. Bukan apa? Selama kamu cuti dua hari tu, akak perasaan yang dia jenguk-jenguk cari kamu. Bila akak tanya? Laju dia lari."

Berubah raut wajah Aryssa apabila nama Lara di sebut oleh Kak Sya.

"Habis, hari ini dia ada datang jenguk lagi ke?"

Kak Sya geleng kepala menidakkan kata-kata Aryssa. Rasanya dia belum nampak kelibat Lara mengintai bilik pejabat Aryssa.

"Mungkin belum sampai lagi kut. Tapi ada la juga dia tanya kenapa Rys tak masuk kerja? Akak bagi ajelah alasan yang Rys tak sihat."

Aryssa diam. Kepalanya ligat memikirkan kenapa Lara lakukan hal sebegitu. Nak kata dia kacau Lara. Rasanya, tiada.

"Akak. Daddy ada dekat pejabat tak?"

"Ada, tapi masa dua hari Rys cuti. Dia tak datang. Mungkin sakit kut." tutur Kak Sya memberitahu perihal itu.

"Tak apa la, kak. Nanti saya nak ke sana, saya bagi tahu akak. Tapi ingat kak jangan kantoi perkara ni lagi," pesan Aryssa.

Kak Sya angguk kepala akur akan pesanan Aryssa.

•••••

ARYSSA berdiri tegak dihadapan pintu penasihat Eldrin Architect. Nama penasihat dipandang buat sekian kalinya. Siapa sangka, akhirnya dia tiba jua di hadapan pintu penasihat ini.

Selepas beri tiga kali ketukan. Telinganya dengar suara daddy melaung memberi izin agar masuk ke dalam. Aryssa tarik nafas dalam lalu dihelanya perlahan.

"Tan Sri," panggil Aryssa buat sekian kali.

Tan Sri Eldrin yang sedang berehat santai di atas kerusi miliknya berpaling terkejut memandang ke arah satu suara itu. Riak wajahnya terkejut. Tidak dia sangka bahawa anak bongsu perempuannya akan datang bertemu dengannya.

"Rys... Masuk sayang. Kenapa Rys cari daddy dekat sini? Ada apa-apa masalah ke?" soal Tan Sri Eldrin bertalu-talu pada anak perempuannya.

Aryssa melangkah perlahan ke bilik penasihat itu. Pintu itu ditutup rapat. Sebelum bibirnya mula berbicara.

Aryssa Where stories live. Discover now