END

2.8K 81 1
                                    

.....

Empat tahun kemudian...

"Aryana! Ya Allah, budak ni apa kamu buat hah?!" hampir luluh jantung Aryssa melihat barang mekapnya habis pecah kerana telatah anak perempuannya.

"Hehehehe, sorry mummy!" ujar Aryana lalu berlari ke tingkat bawah. Matanya sempat menangkap dua figura yang berada di ruang tamu.

"Daddy!" Tubuh Ashraff dipeluknya. Ashraff terkejut. Namun dia membalas pelukan anak perempuannya.

"Hey, kenapa ni?" soal Ashraff. Aryan bangun dari duduknya lalu naik ke tingkat atas. Matanya mencari kelibat ibunya.

"Ary buat mummy marah. Ary... Ary tak sengaja pecahkan barang mekap mummy." adu Aryana.

Ashraff menggeleng kepala. Anak perempuannya ini memang bertuah. Tiba-tiba...

"Arief Aryan!"

Ashraff memandang ke tingkat atas. Apa pula anak lelakinya lakukan di atas. Rasanya anaknya ada di sisinya.

"Daddy! Tolong!" Kaki kecil itu berlari ke arah Ashraff. Tubuh Ashraff dipeluk melindungi mereka berdua.

Aryssa turun ke tingkat bawah. Melihat anak kembarnya berpelukan dengan Ashraff terus reda kemarahannya. Entah mengapa dia cepat marah anak-anaknya kerana perkara kecil.

"Sayang, kenapa ni? Yan buat apa pula kali ini?" soal Ashraff. Pelik melihat anak sulungnya turut memeluknya.

"Tak ada apa- apa. Minyak wangi biy pecah tu je." Ashraff mengangguk kepala perlahan namun tak lama kemudian matanya membulat memandang Aryan. Aryan tayang sengih.

"Arghh! Mummy, tolong Yan!" Laju sahaja Aryan berlari ke arah Aryssa.

Ashraff bangun lalu mengejar anak lelakinya. Aryan berlari keliling Aryssa. Aryana melihat abang kembar dan ayahnya berkejaran turut sama mengejar.

Aryssa senyum suka melihat keluarganya namun tak lama dia berasa pening dengan kejaran Ashraff, Aryan dan Aryana.

"Biy stop! Sayang pening." kata Aryssa.

Ashraff berhenti mengejar. Dua anaknya sudah berlalu berlari keluar bermain bersama.

"Sayang... Okay ke? Nak apa-apa tak?" soal Ashraff.

Aryssa menggeleng kepalanya. Dia melabuhkan punggung di atas sofa.

"Biy suruh dorang mandi ya. Nanti malam kita nak ke rumah daddy." Ashraff mengangguk. Dia memanggil kedua-dua anaknya masuk serta menyuruh mereka mandi kerana mahu ke rumah Tan Sri Eldrin.

"Hey, sayang okay tak? Kalau tak okay, tak payah la pergi. Pengsan nanti macam mana?" Ashraff risau. Bukannya sekali Aryssa begini tapi sudah seminggu berlalu.

"Okay. Sayang nak pergi. Kesian Nissa. Dah la, dia baru je lahirkan baby. Sayang nak tengok." rengek Aryssa manja.

Ashraff menggaru kepalanya. Pening dengan perubahan Aryssa. Manja sama seperti tika mengandung anak kembar mereka. Kejap!

"Sayang... Are you pregnant?"

"Hah? Pregnant? Biy mengarut apa hah? Baru  aje dua minggu lepas sayang habis period takkan la mengandung," nafi Aryssa. Dia bukan tak percaya tapi dia ragu-ragu kerana tadi dia sudah cuba alat kehamilan tapi jawapannya menghampakan dirinya.

"Tak apa la. Sayang naik bersiap la, kita pergi rumah daddy." Aryssa akur. Kaki melangkah naik ke tingkat atas. Namun di mana salahnya, dirinya hampir terjatuh ke bawah.

Nasib Ashraff di belakangnya sempat tangkap tubuh Aryssa.

"Ya Allah, sayang hati-hati naik tangga tu." Aryssa diam.

Aryssa Where stories live. Discover now