A || 14

2.5K 126 0
                                    

.....

ASHRAFF mengeluh buat sekian kalinya. Perbualannya dengan Annissa tengahari tadi amat berat pada hatinya. Siapa sangka, ibu kepada Annissa berdendam dengan Aryssa hingga mahu membunuh gadis itu.

Kedengaran pintu bilik diketuk. Ashraff memandang ke arah pintu biliknya. Tak lama selepas itu, wajah Arsha muncul dibalik pintu.

"Kenapa?" tanya Ashraff sebaik wajah Arsha menyapa pandangannya.

Arsha sengih. Pintu bilik abangnya dikuak luas. Kaki melangkah masuk ke bilik abangnya.

"Angah tengah buat apa?" Matanya memandang kertas kerja yang berselerak di atas meja abangnya.

"Dah nampak tapi pura-pura tak nampak," sindir Ashraff.

Arsha senyum lalu duduk di birai katil abangnya. Sengaja dia mahu melepak di bilik abangnya. Rindu!

"Arsha nak apa masuk bilik angah? Mesti ada sesuatu nak minta tolong angah kan?" Ashraff menembak. Pen diletak di atas mejanya.

Arsha yang mendengar tembakan abangnya hanya tarik bibir sengih menampakkan gigi. Nampak sangat ke?

"Ermmm, Arsha bukanlah nak sibuk. Tapi angah tak ada siapa-siapa ke, dalam hati angah? Sha rasa, angah faham kan apa yang Sha cakapkan?"

Ashraff diam. Matanya memandang wajah Arsha.

"Kalau tak ada, apa Sha nak buat? Nak cari calon untuk angah? Sha tahukan angah ada kerja kedua?" ujar Ashraff. Berharap adikbya faham akan keadaan dirinya.

"Yea-yea. I know, tapi abang tak kesian ke dekat bonda? Dahlah bonda tak tahu anak dia pernah membunuh. Dan nasiblah bonda tak macam mak-mak dalam tv tu. Kalau tak, habis la angah ikut pilihan bonda." potong Arsha sambil membebel kepada abangnya.

Dia kenal abangnya. Agak terkejut pada mulanya bila abangnya memberitahu bahawa dia seorang ahli Mafia. Yalah selalu orang di luar negara aje ada kumpulan sebegini. Dan tidak pula dia sangka bahawa abangnya juga sama.

Ashraff mengeluh perlahan. Dia faham maksud Arsha. Umurnya makin tua bukannya muda tapi siapa mahu pada dirinya?

"Angah tak minat ke, dekat Kak Rysa? Dah la baik, sopan, comel. Kalau abang ada anak dengan Kak Rysa mesti handsome dan cantik kan?"

Ashraff memandang wajah Arsha.

Aryssa.

Dia akui, dia juga tertarik dengan gadis itu. Tapi, tak mungkin, gadis itu mahu dirinya.

"Ish, tak nak la angah. Dah la, along pun tak tahu angah buat kerja gila ni. Buatnya abang Rian tak suka macam mana?"

Arsha melangkah dekat ke arah abangnya.

"Angah, tak semua orang suka apa yang kita suka. Macam angah, minat mafia tapi tiada siapa tahu kecuali Arsha. Kalau betul angah suka Kak Rysa, In Sha Allah sepanjang kejujuran angah dengan Kak Rysa, mungkin akan ada kebahagian pada keluarga angah. Cuba dulu. Kita tak tahu apa penerimaan Kak Rysa bila tahu abang ni mafia," pujuk Arsha.

Ashraff terdiam. Sedikit sebanyak dia akui semua yang dikatakan oleh Arsha ada benarnya jugak.

•••••

Aryssa Where stories live. Discover now