S || 21

2.3K 108 0
                                    

.....

HARI ini merupakan hari pertama selepas sepuluh tahun mereka tak menjejak kaki di rumah itu kecuali Aryssa kerana gadis itu sudah menjejak kaki sebulan yang lalu. Sungguh mereka kagum melihat rumah tersebut meski sudah hampir sepuluh tahun.

"Tak sangka, rumah ni masih sama." kata Edrian, kagum dengan rumah agam itu masih tidak nampak perubahannya.

"Kan, aku pun tak sangka. Ingatkan dah ubah 100%." ujar Edryl, memuji.

Aryssa ukir senyum.

"Tengok la siapa yang jaga,"

Edrian dan Edryl berpaling memandang seseorang yang sedang menyiram pokok bunga. Melihat figura itu khusyuk melakukan kerja. Serentak mereka berdua menjerit memanggil nama tersebut.

"Cik Mah!"

Cik Mah yang sedang menyiram pokok bunga terkejut. Kepala berpaling ke arah pintu utama rumah. Terkejut dirinya apabila melihat wajah Edrian dan Edryl dihadapannya.

"Ya Allah! Rian! Ryl! Rindunya Cik Mah kat kamu berdua."

Edrian dan Edryl terus masuk ke pelukan Cik Mah. Tengku Arfa dan Adira hanya memerhati dua beradik itu.

"Itu la Cik Mah, kak. Ibu susuan Abang Rian dengan Ryl. Masa tu, mummy tak ada susu nak bagi abang Rian dan Ryl. So, mummy cadang dekat Cik Mah untuk ambil pil susu untuk bagi abang Rian dengan Ryl." cerita Aryssa.

"Habis, Rys?" tanya Adira.

"Rys pun sama, tapi Rys sempat minum susu arwah mummy."

Terangguk-angguk kepala kakak iparnya mendengar cerita itu.

"Mama Rys, why Daddy dengan Papa Ryl peluk nenek tu? Tak haram ke?" soal Dayyan, polos.

Aryssa duduk mencangkung sama paras tinggi anak saudaranya itu. Umur baru empat tahun tapi minda kalah budak enam tahun.

"Tak, sayang. Sebab itu, ibu susuan Daddy, Papa Ryl and Mama Rys. Jadi, dia termasuk dalam senarai mahram Daddy dan Papa Ryl." jelas Aryssa.

"Eh, buat apa kat situ? Jom masuk." ajak Cik Mah.

Tanpa balasan, laju mereka angguk melangkah masuk ke rumah agam itu.

"Anak-anak daddy dah sampai?" soal Tan Sri Eldrin saat turun ke tingkat bawah. Dari luar lagi, dia sudah dengar suara anak-anaknya.

Edrian, Edryl serta Aryssa hanya diam membeku. Tengku Arfa dan Adira turut sama kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak reaksi kepada keluarga mentua mereka.

"Mummy! Mummy, ni siapa?"soal Dayyan.

"Dayyan, salam atuk." arah Edrian.

Dayyan hanya ikut arahan Daddynya, selepas salam terus dia berlari ke arah Edrian.

"Tu cucu Daddy ke?" soal Tan Sri Eldrin kepada anak sulungnya.

Tengku Arfa menolak siku suaminya. Edrian memandang isterinya. Sebelah keningnya dijongket sebelah tanda mengapa?

"Ayah abang tanya tu... Jawab la, tak kesian ke?" bisik Tengku Arfa, perlahan.

"Ya. Ini putera sulung Rian. Dayyan Aqil dan ini Damia Afrina, adik Dayyan." ujar Edrian.

"Laa, dah dua cucu daddy." kata Tan Sri Eldrin sambil melepaskan tawa kecil.

Edryl dengar tutur kata Tan Sri Eldrin berdehem.

"Bukan dua tapi tiga, ni anak Ryl. Rayyan Hakiem. Rayyan, salam atuk." arahnya kepada anak tunggalnya.

Rayyan yang sedang menyusu hanya akur mengikut arah ayahnya.

Aryssa Where stories live. Discover now