Special || 03

2.7K 86 2
                                    

.....

"KAU memang sengajakan tak bagi tahu kita orang yang kita semua ni sepupu," ujar Aryan.

Mereka masih terkejut. Kini mereka berenam sedang melepak di gazebo sementara menunggu ibu bapa mereka berbual di dalam rumah.

Faliq serba salah. Matanya memandang wajah Aryan. Dia pun baru tahu beberapa minggu lepas dan dia meminta mummy Aryssa, ibu kepada Aryan merahsiakan perkara ini kerana dia tidak bersedia.

Bayangkan, lima tahun mereka berkawan bersama. Tup! tup! Jadi sepupu. Tak ke pelik?

"Sorry la. Aku bukan sengaja cuma aku tak bersedia je." ujar Faliq perlahan.

Hadif menepuk bahu Faliq.

"Haih, tak sangka kawan punya rapat. Rupanya sepupu kepada Aryan."

Aryana hanya diam. Tidak dia sangka, Faliq rupanya sepupunya. Sudah la dia menaruh hati kepada Faliq.

"Tak apa la, janji aku dengan kau dah tahu status sebenar. Tapi aku tertanya mana kau dan keluarga pergi sebenarnya?" soal Aryan. Dari tadi dia ingin bertanya tapi mereka sudah dihalau oleh kaum ibu bapa.

"Ermm, pasal mama aku. Aku tak tahu la macam mana cerita dia tapi apa yang aku tahu, mama aku kahwin dengan papa aku dekat Rusia. Dapat la aku. Then, masa aku umur form 2, keluarga aku pindah Malaysia sebab papa aku ada urusan dekat sini dan sampai sekarang aku tinggal Malaysia." cerita Faliq.

"Wow! Kiranya kita semua mix la kan? Aryan, Aryana dengan Hana mix Italy. Luth mix Italy England. Faliq dan Hadif mix Rusia." kata Luth.

Mereka saling berpandangan. Sedar tak sedar mereka semua ada kacukan tersendiri.

•••••

SELEPAS berbual dengan Faliq dan yang lain. Senjaga Aryan berjalan sekitar rumah Faliq. Tba-tiba matanya tertancap pada seorang perempuan yang duduk termenung di situ. Melihat wajahnya yang baru sahaja mengelap air mata membuatkan Aryan sedikit tersentak.

Dia menangis?

"Sophea! Mana kau hah? Aku dah cakap jangan duduk kat luar kan!" jerit seorang perempuan yang lebih kurang baya ibunya, Aryssa lalu menarik kepala gadis itu.

"Argh, Mak Lang sakit! Lepaskan Pieya. Sakit Mak Lang!" jeritnya dengan nada menahan sakit di kepalanya.

"Kau diam! Kalau bukan sebab harta arwah mama dan papa kau tentu aku tak perlu jaga kau! Menyusahkan! Dasar bawa malang! Kalau bukan sebab kau! Mungkin mama, papa dan abang kau tak mati!"

Baru sahaja Aryan hendak menegur mereka. Faliq datang menegurnya.

"Woi, kau nak ke mana?"

Aryan tersentak. Matanya memandang Faliq, kemudian beralih ke rumah sebelah mencari gadis tadi.

"Aku tanya ni..."

"Ish, kau la ni. Terlepas aku," marah Aryan.

Faliq menjungkit kening. Pelik dengan Aryan yang tiba-tiba marahinya. Namun dia sempat tangkap dengar jeritan jeritan belakangnya.

"Haih, bila la nak berubah mak cik Diandra tu. Kesian aku dengan anak yatim piatu tu," ujar Faliq.

Aryan pelik. Dia yakin Faliq mesti mengetahui sesuatu tentang gadis itu.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Kalau kau nak tahu, rumah aku hari-hari dah lali dengar suara orang menjerit. Siapa lagi kalau bukan budak perempuan. Dia kena dera hari-hari kut. Dah la anak yatim, diperilaku begitu. Mama aku dah banyak kali nak cuba call polis tapi kena ugut balik. Daddy pun sama," jelas Faliq. Dia turut kasihan akan gadis itu. Walaupun mereka tak kenal tapi terbit rasa kasihan pada dirinya.

Aryssa Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum