A || 33

2K 88 0
                                    

.....

"ASSALAMMUALAIKUM!" laung Aryssa melangkah masuk ke rumah arwah mummynya. Terjengul-jengul kepalanya mencari kelibat manusia di dalam rumah agam itu.

"Mama Rys!" jerit Dayyan lalu berlari ke arah Aryssa.

Lebar bibir Aryssa ukir senyum. Tubuh anak saudaranya dipeluk erat. Rindu!

"Lamanya mama Rys tak balik sini. Dayyan rindu..." adu Dayyan, manja.

"Sorry, sayang. Mama sibuk." balas Aryssa. Manakala, Ashraff menyaksikan kemanjaan Dayyan pada Aryssa tayang wajah cemburu.

"Mana boleh... Mama Rys, Papa Raf punya." usik Ashraff sengaja.

Dayyan dengar akan kata-kata usikan itu, terus menarik muka menyampah. Ayah saudaranya itu memang suka mengusik.

"No! Mama Rys is mine! Papa Raf mana boleh ambik Mama Rys dari Ayyan." petah anak kecil itu membalas.

Ashraff lepas tawa kecil. Terhibur dirinya melihat wajah cemberut anak buahnya itu. Eieiei, geram aje dia rasanya. Sudahlah petah berkata-kata. Tak cukup dengan itu, umur lima tahun itu pandai beza mana halal dan haram.

"Apa kamu berdua bersidai kat luar tu? Masuk la, panas tu!" sergah Adira. Geleng kepalanya melihat pasangan itu berdiri di bawah matahari.

"Hehehe, sorry kak. Akak apa khabar? Sihat?" Aryssa hulur tangan, salam tangan kakak iparnya.

"Alhamdulilah. Macam tu la, kamu dengan Raf macam mana? Okay?"

"Syukur, kak. Kami okay lagi,"kata Ashraff.

Suka Adira mendengar jawapan dari Ashraff. Walaupun mereka berkahwin atas aturan keluarga. Namun, melihat mereka berdua ukir senyum membuatkan hatinya rasa tenang.

"Rayyan mana kak? Dah lama tak jumpa dia. Asyik jumpa budak kecik ni aje..." Pipi Dayyan dicubit geram.

"Mama sakit la!"

"Ada kat atas dengan abang Ryl kamu. Biasa la budak-budak," kata Adira seolah memberi maksud kepada Aryssa.

Aryssa faham akan maksud itu. Perlahan angguk kepala. Tak lain tak bukan pasti abangnya sedang uruskan anaknya di atas.

"Kak Fa mana?" soal Ashraff pula. Melihat kelibat kakaknya tiada di situ membuatkan dia pelik. Selalu ada sahaja kakaknya hendak menyibuk dengan dirinya.

"Ada ni hah! Tengah siapkan makan tengahari," balas Tengku Arfa separa jerit.

Dengar akan laungan itu, bergegas pasangan itu ke dapur. Maklumlah dah hampir dua bulan mereka berkahwin. Namun untuk berjumpa kakak-kakak iparnya itu teramatlah sukar kerana kerja yang menimbun.

"Akak apa khabar?" soal Aryssa bertanya khabar sebaik tiba di dapur.

Melihat juadah yang terhidang di atas meja membuatkan dia teruja. Rasanya dah lama dia tak nikmati makanan masakan kakak iparnya.

"Macam biasa la, Rys. Sihat gini ajelah. Kamu apa khabar? Raf ada buat kamu teruk ke?" soalan maut diberi kepada Aryssa.

Aryssa dengar soalan itu diberi. Pantas kepala berpaling memandang Ashraff di sisinya.

Aryssa Onde histórias criam vida. Descubra agora