S || 31

2.1K 101 0
                                    

.....

ASHRAFF mengerling kilas jam di pergelangan tangannya. Sudah sejam dia menunggu keputusan doktor tentang keadaan Aryssa.

"Raf! Rys mana?" soal Mikaeyl sebaik tiba.

Terkejut mereka sekeluarga apabila mendapat berita bahawa Aryssa pengsan di tandas. Itu pun kerana Kak Sya yang memberitahu mereka kerana ketika itu semua masih berada di bilik mesyuarat.

"Ada kat dalam. Aku tak tahu, doktor tak keluar lagi." balas Ashraff.

Edrian duduk di sebelah Ashraff. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan.

"In Sha Allah, Rys okay. Abang tahu dia kuat." tutur Edrian memberi semangat.

Ashraff memandang mereka yang lain. Semua mengangguk setuju dengan kata-kata Edrian. Tiba-tiba pintu kecemasan terbuka.

Seorang doktor keluar dari pintu itu.

"Keluarga Aryssa Elena?"

"Ya, saya suami dia. Macam mana dengan keadaan isteri saya?" soal Ashraff.

Mereka yang berada dibsitu turut menyibuk hendak mengetahui keadaan Aryssa.

"Dia okay. Dia cuma memerlukan rehat yang cukup."kata doktor.

Ashraff dan lain menghela nafas lega.

"Tapi... Saya nak tanya dia ada makan-makan ubat sebelum muntah dan pengsan?"soal doktor.

Ashraff memandang wajah Haykal memandangkan jejaka itu bertanggungjawab dalam hal Aryssa kerana mereka bekerja di bawah bumbung yang sama.

"Ada. Rasanya panadol dengan ubat tahan sakit." ujar Haykal. Itu yang dia dengar dari pembantu peribadinya, Kak Sya.

Doktor itu menggeleng kepala perlahan.

"Kenapa doktor?" soal Ashraff. Risau dirinya apabila doktor itu menggeleng kepalanya.

"Saya rasa ada orang cuba tukar ubat tu. Sebab saya dapati bukan panadol mahupun tahan sakit didalam tubuh Puan Aryssa. Tapi sebaliknya racun yang boleh memautkan dirinya."

Mereka di situ terkejut dengan kenyataan doktor itu. Tak sangka ada orang sanggup cuba membunuh gadis ifu.

•••••

"Kerja yang bagus. Ini upah kau. Aku harap kita dapat bekerjasama lagi," kata seseorang.

Lara ukir senyum. Tak sia-sia dia menolong ibu tiri Aryssa. Dapat juga upah untuk dia teruskan hidup.

"Don't worry la, Puan Sri. Pasal Aryssa, Puan Sri bagi aje dekat saya. Confirm saya boleh settel.  By the way, boleh saya tahu kenapa Puan Sri nak bunuh dia? " soal Lara.

Puan Sri Amelia ukir senyum sinis. Matanya memandang salah seorang pekerja suaminya.

"Kau tak perlu tahu pasal hal aku. Aku bagi kerja kau buat aje. Faham?!"

Lara dengar akan arahan itu, mengangguk kepalanya. Kini, dia tidak kesah jika ibu tiri Aryssa hendak menyuruhnya lakukan sesuatu. Arghhh! Janji duit masuk!

Aryssa Where stories live. Discover now