A || 27

2.3K 106 0
                                    

.....

MALAM kian berlalu, para tetamu juga sudah pulang. Aryssa juga sudah kelihatan letih hendak melayan tetamu yang hadir. Walaupun hanya saudara-mara dan rakan-rakan terdekat saja. Tapi majlis itu tetap berlangsung dengan meriahnya.

Memerhati segala tindak tanduk anak tirinya itu. Riak wajahnya seakan tak puas hati dengan majlis perkahwinan anak tirinya. Tan Sri Eldrin pula sudah hilang selepas menangkap gambar keluarga bersama.

"Rys, aku balik dulu. Esok aku kena fly ke Netherlands," kata Annissa meminta izin untuk undur diri.

"Laaa, cepatnya... Tinggallah sini dua tiga hari lagi. Aku tak puas nak berbual dengan kau." pujuk Aryssa.

"Tak boleh la. Lagipun, Raf kan ada." usik Annissa.

Aryssa menjeling menyampah. Namun secara tak sengaja dia ternampak Puan Sri Amylia memandang tepat ke arahnya.

"Eh, mama kau tahu tak yang kau balik sini?" soal Aryssa.

Annissa mengangguk kepalanya perlahan.

"Tahu, masa aku nak makan dengan Izzat. Dia tegur aku. Masa tu, aku gelabah gila la sebab aku ingatkan mama tak ikut daddy ke majlis."

"Habis? Kau nak balik Netherlands ni tahu ke?"

"Tahu juga sebab aku cakap yang aku tidur rumah kawan sebab flight aku awal subuh esok."

"Hmmm, tak apa la. Janji kau datang majlis aku pun kau dah bersyukur. Kau tu... Nikah aje la dengan Izzat. Senang boleh tinggal sebumbung."

Annissa ketawa.

"Ya, sabar. Tapi sebelum tu, kau kena bagi anak buah dulu dekat aku."

Pantas, Aryssa mencubit bawah lengan Annissa. Ha, lemak-lemak ni memang sedap kena cubit!

"Auch! Sakit la!" jerit Annissa mengadu sakit.

"Padan muka! Usik aku lagi,"

"Hehehehehe bukan selalu...."

"Annissa!"

"Okay la, aku balik dulu. Apa-apa just call me,"

Aryssa angguk kepala. Mereka berpelukan buat kali terakhir. Walaupun pada mulanya mereka berkawan kemudian bermusuh dan berdendam kerana keluarga serta lelaki tapi percaya la, kebaikan itu tetap ada.

•••••

ASHRAFF naik ke tingkat atas. Bilik Aryssa di tuju. Kata Haykal, bilik Aryssa berada di hujung kerana gadis itu amat gemar dengan suasana gelap.

Pintu fiketuk terlebih dahulu. Risau jika dia main masuk. Aryssa terkejut pula.

"Masuk," laung Aryssa dari dalam.

Ashraff membuka pintu perlahan. Kelihatan Aryssa seakan terkejut dengan kehadirannya.

"Masuk la." jemput Aryssa.

Ashraff menapak masuk ke bilik yang bakal dihuni oleh mereka berdua. Tak sangka bilik ini miliki citarasa sendiri.

"Ermmm, mandi la dulu. I tunggu," kata Aryssa.

Aryssa Where stories live. Discover now