A || 45

1.9K 74 0
                                    

.....

MATANYA di celik besar. Melihat siling rumah yang agak berbeza dari rumahnya membuatkan dia sedikit pelik. Kepala berpaling ke sisi. Kosong!

Iris matanya melilau mencari figura suaminya. Kejadian semalam seakan dekat dengan dirinya. Tak! Ashraff tak mati kerana ditembak oleh Adam kan?

"Kau dah bangun?" Aryssa mengangkat wajah. Matanya memandang wajah Bella yang mrlangkah ke arahnya bersama makanan.

"Bel, aku dekat rumah aku kan? Raff mana? Aku nak jumpa dia." tidak membalas soalan Bella. Ashraff dicarinya.

Bella meletakkan dulang di atas night stand. Anak matanya memandang wajah Aryssa. Bibir mengukir senyum kecil.

"Kau dekat main villa. Ashraff yang bawa kau datang sini sebab kau pengsan dekat restaurant semalam." jelas Bella.

"Aku pengsan?"

Bella mengangguk kepalanya.

"Iya, kau pengsan sebab Adam cuba tembak kau tapi Ashraff sempat tarik kau dari kena tembakan."

Aryssa terdiam. Jadi apa yang dia mimpi tadi benar la kan? Dirinya hampir di tembak oleh Adam tapi...

"Ashraff mana? Aku nak jumpa dia."

Bella mati kata. Sudah la, di rumah itu hanya tinggalnya dan beberapa pembantu rumah. Yang lain sudah keluar meninggalkan mereka mengurus kejadian semalam.

Aryssa yang perasaan akan kematian kata oleh Bella mengeluh perlahan. Dia yakin, pasti sepupu sepapat serta abang dan suaminya berada di gudang. Tak lain, tak bukan pasti penyeksaan.

"Kau bersiap, kita ke sana."

Bella terlopong. Gila! Aryssa memang gila. Belum sempat Bella mahu membantah, Aryssa sudah terlebih dahulu bersuara,

"Kalau kau tak nak ikut cakap, aku tak paksa." Kaki melangkah terus ke bilik air.

Bella memandang pemergian sepupunya. Nak atau tak, terpaksa dia akur. Apa-apa pun terjadi Aryssa berhak untuk ketahui kejadian semalam.

•••••

Buk!

Buk!

Buk!

Tumbukan demi tumbukan dihadiahkan pada punching bag miliknya. Dirinya seakan gagal melindungi Aryssa dari bahaya, yang lebih menyebalkan adalah Adam berjaya melarikan diri sebaik mereka tiba di gudang.

Edrian dan Edryl berpandangan. Mereka memandang wajah adik ipar mereka yang jelas kusut dengan perkara terjadi. Jujur katakan mereka terkejut dengan kehadiran Adam tapi apa yang lebih mengejutkan adalah Adam sebenarnya musuh Ashraff yang ingin tahkta ketua mafia.

Huh, licik. Tapi tak selicik mafia-mafia lain.

"Raff,"

Ashraff berhenti menumbuk punching bag miliknya. Matanya memandang dua wajah abang iparnya. Dia menjatuhkan punggungnya di atas salah satu kerusi. Air mineral diteguk rakus.

Aryssa Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang