A || 53

1.5K 63 0
                                    

.....

BUK!

Buk!

Buk!

Tumbukan demi tumbukan diberi kepada Firhad. Aryssa melihat orang kanan abangnya menjadi mangsa tumbukan mula risau akan Firhad. Dia tahu Firhad cuba melindunginya kerana itu adalah salah satu arahan abangnya jika ada apa-apa berlaku di antara mereka.

"Kau memang tak guna, Firhad! Aku tak sangka kau sebenarnya orang kanan Edrian." tumbukan dilepaskan buat kali ke lima.

Aryssa memandang wajah Firhad yang penuh darah itu.

"Selama ni aku percayakan kau untuk uruskan kumpulan aku tapi kau! Kau sanggup khianat aku. Tak guna!"

Buk!

Tubuh Firhad jatuh di sisi Aryssa. Aryssa memandang wajah Firhad yang penuh darah itu. Seteruk-teruk Edrian, Edryl serta sepupu sepapatnya menumbuk musuh belum lagi hingga teruk seperti Firhad.

"Aku akan pastikan yang kau mati. Kau tunggu!" Adam terus melangkah keluar dari bilik itu.

Aryssa terus menerpa ke arah Firhad. Wajah lelaki itu dibeleknya. Teruk!

"Arys, Arys okay kan? Dia tak apa-apa kan, Arys kan?" soal Firhad lemah.

Aryssa menggeleng kepala perlahan. Tanpa di pinta tangisannya pecah melihat Firhad yang lemah selepas di tumbuk oleh Adam. Sungguh dia pun terkejut apabila Adam menghumban Firhad bersamanya lalu menumbuknya. Apabila tahu perihal sebenar, baru la dia tahu bahawa penyamaran Firhad telah terbongkar.

"Arys, kenapa menangis ni? Abang dah janji dengan Abang Rian nak jaga Rys kan?"

Aryssa menampar lembut dada Firhad. Dia sudah anggap Firhad seperti abangnya kerana dulu Firhad selalu bersamanya di Italy tapi kini,

"Abang tunggu sini, Rys ambil kain lap darah abang dulu. Sekurang-kurangnya, Rys tahu abang ada dekat sisi Rys."

Firhad hanya mengangguk. Dia lemah. Dia perlukan rehat. Seharian dia bekerja dan pagi tadi dia ditangkap oleh Adam dan sekarang, tubuhnya lemah kerana tumbukan padu Adam.

•••••

MIKAEYL cuba mengakses rantai yang dikatakan oleh Ashraff. Katanya itu adalah salah satu alat peranti yang Aryssa sering pakai selain cincin.

Akmal dan Haykal santai bermain permainan video sementara menunggu Mikaeyl melakukan kerja. Ashraff pula banyak termenung dari berbual bersama rakan atau keluarga.

Fikirannya melayang akan keadaan Aryssa pada tika ini. Sihatkah gadis itu? Adakah Adam melakukan perkara tak elok pada gadis itu? Fikirannya mula kusut.

Dua hari tanpa Aryssa, hidupnya seakan nyawa-nyawa ikan.

"Mika, kau dah jumpa ke belum? Lama betul kau nak akses rantai tu." tanya Bella lalu duduk di sebelah Haykal. Matanya sempat jeling permainan video sepupunya itu.

"Ish, kau ni Bella. Bising la. Sabar kejap boleh tak? Kau ingat senang ke, nak akses rantai yang jauh dari kita?" Mikaeyl membalas.

Aryssa Where stories live. Discover now