R || 10

3K 145 1
                                    

.....

LAJU kaki Ashraff melangkah turun ke tingkat bawah. Meja makan menjadi tujuan pertamanya sebelum dia berangkat ke pejabat.

"Awal bangun hari ini? Selalu sampai tak sempat nak sarapan," perli Tengku Syahirah, menegur anak lelakinya itu.

Ashraff memandang wajah ibunda tersayang sambil menayangkan sengihnya. Kerusi kosong ditariknya lalu melabuhkan punggung di atasnya.

"Lepas subuh tadi, Raff tak boleh tidur. So Raff bangun siap aje la pergi kerja. Lagipun, dah lama tak tengok pekerja datang lewat, bonda." balasnya. Nasi goreng yang baru dihidang diatas meja diambilnya lalu dicedok ke atas pinggan.

"Sebelum ni, bonda dah banyak kali pesan. Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk. Zaman sekolah dulu boleh pula kamu berjaga. Masuk kerja, lebuh terus." sindir Tengku Syahirah lagi.

"Masa sekolah dulu tu, lain, bonda..."

"Banyak la kamu lain. Eh, sebelum bonda lupa. Malam ni, kamu balik awal eh. Along dengan abang ipar kamu nak datang rumah. Dia orang dah sampai Malaysia." beritahu Tengku Syahirah.

Terkejut Ashraff mendengar berita itu. Bila masa kakaknya itu tiba di Malaysia?

"Bila along sampai Malaysia, bonda? Bukan hari tu, lepas kahwin nak stay Italy ke?"

"Tu lah. Bonda pun terkejut bila along cakap yang dia jak balik Malaysia, tapi bukan dia dan abang ipar kamu aje balik. Tapi seluruh keluarga abang ipar kamu pun ada sekali mengikut balik Malaysia. Katanya, ada hal."

Ashraff makin tertanya. Apa hal yang membuatkan kakak dan abang iparnya memutuskan untuk pulang ke Malaysia?

•••••

ARYSSA melangkah masuk ke bangunan gah itu. Seperti biasa, memang wajahnya sering menjadi tarikan para pekerja di situ. Tidak lama kemudian, muncul dua abangnya turut menapak masuk ke bangunan itu.

"Wah! Macam tak sangka syarikat daddy dulu dengan sekarang lain? Dulu, rasanya kecik aje pejabat daddy. Tapi sekarang? Hmm, nampak lah daddy berusaha untuk mak cik tua tu." kata Edryl memagumi usaha ayah mereka membangunkan syarikat itu.

Aryssa menjeling menyampah. Abangnya ini pun, beragak lah kalau ayah mereka usaha untuk mak cik tua itu. Entah untuk mereka tapi sengaja mereka butakan kerana sedih dan benci pada insan bergelar ayah.

"Abang, sepuluh tahun berlalu. Mesti lah banyak berubah. Lainlah, kalau abang nak buat throwback sepuluh lalu?" Serentak itu, elevator yang dinaiki mereka tiba di tingkat yang sepatutnya. Mereka bertiga melangkah keluar dari elevator.

"Welcome back brother!" sapa Haykal sebaik melihat dua jejaka bersama sepupunya.

Mereka berlaga penumbuk seperti biasa.

"Lama tak jumpa kau. Amacam? Sihat? Pak Long, Mak Long? Apa khabar?" Edrian memeluk tubuh adik sepupunya sambil bertanya keadaan dua orang yang banyak menolong mereka sejak larikan diri dahulu.

"Alhamdulilah. Sihat orang tua. Nanti ada masa datang lah rumah."

"In Sha Allah. Hmm, lama tak jumpa kau. Rasa lain pulak aku tengok muka kau ini? Ada apa - apa ke?" usik Edryl.

Aryssa Where stories live. Discover now