A || 32

2.2K 96 0
                                    

.....

HAMPIR seminggu berlalu sejak kejadian tersebut. Aryssa dan Ashraff masing-masing sibuk dengan kerja mereka. Dengan kehadiran projek baharu antara tiga syarikat, membuatkan mereka kian sibuk.

Aryssa membancuh air coklat untuk Ashraff. Lelaki itu lebih gemar minum minuman bersusu berbanding caffein. Katanya caffein tidak baik di dalam tubuhnya.

"Your hot chocolate," mug besar itu diletakkan di atas meja.

Ashraff melihat mug itu diletak ke atas meja, ukir senyum.

"Thank you sayang."

Aryssa hanya beriak biasa lalu menyambung melakukan kerjanya.

"Erm, sayang. Biy nak tanya sikit boleh?" soal Ashraff.

Aryssa dengar soalan yang dilontarkan oleh Ashraff. Pantas berpaling memandang Ashraff bersama kening yang dijongket.

"Tanya apa?" Tumpuannya yang tadi di hadapan laptop. Kini berubah 100% kepada Ashraff.

"Dah hampir dua bulan kita kahwin, tapi sayang tak pernah bagitahu biy kenapa sayang masuk kumpulan atuk tu? Then, biy tertanya siapa musuh yang dikatakan oleh Atuk?" tanya Ashraff.

Aryssa tersentak. Matanya memandang suaminya tak terkelip. Jujur, dia tidak sangka bahawa Ashraff akan tanya soalan itu kepadanya.

"Tapi kalau sayang tak ready nak bagi tahu biy. It's okay. Biy faham. Nanti bila sayang dah ready. Sayang beritahu aje dekat biy." kata Ashraff seraya menyambung melakukan kerjanya.

Ketap bibir Aryssa serba salah. Dia hendak beritahu Ashraff kerana itu yang selayaknya. Tapi tidak tahu bagaiman dia hendak ceritakan kepada Ashraff?

"Biy betul-betul nak tahu ke?" soal Aryssa bernada perlahan.

Mendengar soalan itu dari Aryssa. Betul-betul menarik perhatian Ashraff hendak melakukan kerja. Tanpa menunggu lama, laju kepala Ashraff mengangguk mengiyakan.

"Take your time. Biy faham dan biy tak paksa sayang intuk ceritakan." pesan Ashraff. Dia tak mahu kerana dirinya. Aryssa seakan terpaksa.

"Sebenarnya... Musuh yang atuk cakap tu... Ayah kepada arwah mummy. Atuk Rys sendiri. Tapi sebelah mummy."

Ashraff memandang Aryssa dengan pandangan terkejut. Jujur, dia terkejut bila mengetahui musuh yang ingin dia ketahui. Rupanya orang yang berkait rapat dengan arwah ibu mertuanya.

"I'm sorry. Biy tak sangka pula yang musuh atuk tu. Sebenarnya ada kaitan dengan arwah mummy." kata Ashraff sedikit kesal.

Aryssa ukir senyum nipis.

"Maybe it's time yang terbaik untuk sayang bagi tahu semuanya dekat biy?"

Ashraff memandang Aryssa dengan riak wajah serba salah. Silapnya juga hendak mengetahui hal sebenar. Tak pasal-pasal terpaksa melibatkan perasaan isterinya.

"Okay, sayang boleh sambung cerita tadi. Tapi kalau rasa sedih, marah atau geram muncul dalam diri sayang. Sayang berhenti okay. Biy tak nak sayang sakit sebab nak ceritakan hal ni dekat biy,"

Aryssa Where stories live. Discover now