Tengku Seducer: 5

5.4K 354 25
                                    

SUDAH dua minggu dia berkenalan dengan wanita bernama Alessandra Malaiqa. Selama dua minggu jugalah wanita itu tak habis-habis mengganggu hidupnya. Ada sahaja tingkah Alessandra ingin mengambil hati Ian.

Lihat sahaja pada hari ini. Wanita itu mengajaknya keluar makan berdua, padahal mereka baru berjumpa semalam.

Alessandra hanya memerhatikan perilaku tengku di hadapannya ini. Tak dinafikan, lelaki itu memang kacak. Cuma, sombong.

"Ish, tengku ini. Minum comot," tegur Alessandra. Dengan laju ibu jarinya mengelap kesan air teh di pinggir bibir Ian.

"A-aku boleh buat sendiri," tepis Ian.

"I cuma nak tolong. Anyway, tengku. You masih belajar kan? Study course apa?" Alessandra berpura-pura tanya padahal maklumat tentang Tengku Dilan itu hanya di hujung jari.

"Engineering."

"Really? Bukan business?" Kening Alessandra tertaut rapat. Tak silap dia, Tengku Dilan ini belajar perniagaan.

"Itu Dilan, bukan aku," jawab Ian pendek.

"Ergh again? Dilan is you, you're Dilan. Tengku ini ada bipolar ke? Ke DID?" perli Alessandra.

"Can we stop all of this nonsense here?" pinta Ian secara tiba-tiba.

"What nonsense?" Alessandra pura-pura polos.

"All of this. Aku tak suka bila kau terhegeh-hegeh ikut aku ke sana ke sini. Kau perempuan Malaiqa. Harga diri kau mana?"

Dang!

"I nak kawan dengan tengku. Tak salah kan kalau kawan nak keluar together like us?" Dia tayang senyuman menampakkan sebaris gigi.

"Kita baru jumpa beberapa kali Malaiqa. Kali terakhir aku jumpa kau beberapa bulan yang lepas dekat restoran. Kau dengan lelaki tua itu, aku dengan ex-girlfriend aku. Jadi kita dah tahu perangai masing-masing. We're not a good match," jawab Ian beserta keluhan yang makin jelas kedengaran.

"Tengku. You pernah dengar tak this phrase? A bad guy for a bad girl, and a good guy for a good girl. That's us. You're the bad one, and I'm the bad one," selar Alessandra.

"Kau cintakan aku?" Persoalan mendadak Ian menyentak hati nurani Alessandra. Dia cintakan lelaki itu? Mestilah tak.

"Cinta." Alessandra menjawab dengan yakin. 

"Tapi aku tak cintakan kau."

"Then tengku cuma perlu belajar cintakan I." Dia bersandar di kerusi berpeluk tubuh.

"Lepas aku cintakan kau? Kau nak buat apa?" tanya Ian.

'Lepas itu aku akan tinggalkan kau'

"Lepas itu kita kahwinlah," gurau Alessandra. Padahal, sikit pun dia tidak ada rasa dengan tengku 'Dilan'. Semua ini cuma atas dasar misi.

Dia akui lelaki itu sememangnya ada daya tarikan yang luar biasa sehinggakan para wanita bila-bila masa boleh tertunduk dengannya tapi bukan dia. Dia alergik dengan lelaki yang mempermainkan hati wanita.

"Perasaan dan hati tak boleh dibeli atau dipaksa Malaiqa. Semua itu datang secara fitrah. Aku tak akan cintakan kau. Hati aku tak semudah itu untuk beralih arah," jelas Ian panjang.

Kerana dia masih mencintai Tengku Qasarina.

Hati Alessandra mendongkol geram. Kenapa misi dia kali ini susah sangat?

"Kenapa? Tengku tak rasa I cantik? Tak menarik?" duga Alessandra.

"Kau memang cantik, Malaiqa. Mana-mana lelaki pun tak boleh nafikan itu. But still, dia lebih cantik di mata aku." Wajah Tengku Qasarina yang elok berhijab terlintas di minda menghadirkan senyuman di bibir.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now