Tengku Seducer: 20

7.1K 446 22
                                    

ALESSANDRA mendepakan tangan bagi merasakan kesejukan embun di pagi hari. Hatinya menjerit riang setiap kali menaiki motor sang suami ke tempat kerja. Inilah rutin mereka sejak hampir dua bulan menjadi suami isteri. Ian akan menghantarnya ke agensi setiap hari.

Sampai sahaja di pekarangan agensi, dia turun dari motor sambil diperhatikan Ian.

"Thank you suami tolong hantarkan," ucapnya ikhlas. Pakaiannya dirapikan.

"Aku tak bawa percuma. Bayaran aku mana?" Ian memeluk tubuh.

Alessandra mencebik. "Really Ian? Berkiranya dengan isteri sendiri."

Dia mula menggeledah isi di dalam bag sebelum dompet dikeluarkan. Duit sebanyak RM10 dikeluarkan.

"Nah," hulurnya.

Ian tidak menjawab malah tangannya naik mengetuk helmet Alessandra.

"Kenapa you ketuk kepala I?!" Alessandra berundur setapak.

"Aku ketuk helmet, bukan kau. Lagi satu..." Dia berdiri sedikit sembari dia memaut pinggang Alessandra untuk merapat.

"Jangan jauh-jauh daripada aku."

"Jauh apanya? Tak sampai sejengkal pun I tadi," selar Alessandra.

"Jauhlah itu bagi aku. Aku mana boleh hilang kau sikit," balas Ian.

Alessandra menggulingkan mata meskipun Ian tidak boleh lihat memandangkan dia masih memakai helmet tinted black.

"Sejak bila you manja ini? Sebelum kahwin kalau boleh 24 jam nak dingin dengan I," sindir Alessandra.  Masih ingat lagi pertemuan kali pertama mereka, lelaki itu cuma tahu mengeluarkan ayat-ayat yang sarkastik. Langsung tiada kemanisan.

"Sejak aku dah ada isteri untuk bermanja. Aku tak pernah ada tempat untuk bermanja sebelum ini Malaiqa. Kali ini, aku ada kau," jelas Ian. Jari-jemari seronok bermain di pinggang isteri. 

"Okay, okay alasan you diterima. Dahtu, you nak ke taknak RM10 ini?" Sekali lagi RM10 disua ke arah Ian.

"Wifey, ini bukan bayaran yang seorang suami mahukan," ujar Ian.

"Habis itu?"

Ian mula menanggalkan helmet di kepalanya. Rambut yang berserabai dibetulkan melalui pantulan cermin sisi. Kini, tangannya membuka pula helmet di atas kepala Alessandra. Perkara yang sama dia lakukan pada isterinya itu.

"Aku nak bayaran dekat sini." Ian menunding ke arah pipinya.

"Ini bukan bayaran, tapi ini ambil kesempatan."

Ian tergelak kecil. "Mana ada suami yang nak ambil kesempatan. Ini semua dikira rezeki dan peluang tau."

"Kalau orang nampak macam mana?" Iris hitamnya melilau memantau keadaan sekeliling. Sudahlah pagi ini semua pekerja baru mahu masuk.

"Diorang ada mata, ikut suka dioranglah nak buat apa," bidas Ian. Apa dia peduli tentang orang lain.

"Cepat, Malaiqa. Aku ini tak ada semangat nanti nak buat kerja. Kalau aku tak ada semangat, macam mana..."

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now