Tengku Seducer: 8

5.3K 364 25
                                    

ALESSANDRA sibuk meneliti satu persatu juadah yang disediakan malam ini. Ian? Entah kemana lelaki itu menghilang. Mungkin sibuk dengan kawan-kawan ataupun menghisap vape di luar.

Baru sahaja dia ingin menyua sebiji anggur ke dalam mulut, muncul satu suara yang menegurnya.

"Betul ke you girlfriend Ian?"

Wah! Tak ada salam, tak ada mukaddimah tiba-tiba nak tanya hal peribadi orang. Apabila dia pandang, wajah wanita abaya menerjah kornea. Ah, sakit mata.

"You ini siapa?" Alessandra menyilangkan tangan di dada.

"I Tengku Qasarina, kawan Ian. 'Bestfriend' Ian," jawab Qasarina. Entah mengapa dia rasa tergugat dengan kehadiran wanita secantik Alessandra ini.

"Bestfriend je. Ingatkan pegang title 'wife' dia sampai you rasa you ada hak nak persoalkan I siapa dalam hidup Ian," sindir Alessandra. Kau nak lawan sangat, aku lawan.

"I bukannya apa, I cuma nak tahu siapa yang malang sangat boleh bercinta dengan Ian. Kalau you nak tahu, Ian itu playboy tau? Suka mainkan perasaan perempuan," tuduh Qasarina. Walhal, dia cuma dengar cerita daripada Dilan.

"Aw, he's a playboy? Kalau dia playboy, then I playgirl. Barulah sesuai kan, sweet couple gitu." Alessandra tayang senyum tak ikhlas.

"Apa masalah you eh? I datang tegur you baik-baik. Nak nasihatkan you. I nak selamatkan you daripada Ian." Qasarina mendengus kasar.

"Nak selamatkan I atau you cemburu perhatian Ian bukan lagi pada you? Maklumlah, sejak I muncul dalam hidup Ian, you ibarat angin berlalu pada dia. So sad," ejek Alessandra.

"M-mana ada I cemburu. I tak hamak punlah Ian itu," bidas Qasarina.

"It's okay Tengku Qasarina. If you don't want Ian, then I want him." Alessandra menepuk-nepuk bahu Qasarina.

"What?" Pelipis Qasarina semakin jelas kelihatan.

"You heard me right. I nak dia. I nak Ian jadi milik I. Kalau you berani-berani hina dia depan I, atau you berani mengaku you sukakan dia, siaplah mulut you itu I carik-carik bagi makan anjing." Sengaja dicengkam kuat bahu Qasarina sebagai tanda amaran.

Terkunci mulut Qasarina mendengar amaran perempuan ini. Tak menyangka ada perempuan yang begitu inginkan Ian. Tak boleh jadi ini, baik Dilan ataupun Ian, mereka berdua harus tetap dambakan dia. Dia harus lakukan sesuatu.

"Hai, seorang ke?" tegur seorang budak lelaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai, seorang ke?" tegur seorang budak lelaki. Alahai, budak-budak sangat. Mesti sebaya Ian ini.

"Tak, bertiga."

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now