Tengku Seducer: 9

5.4K 347 5
                                    

PAGI itu Ian berbasah-basahan di dalam kolam bagi menenangkan diri. Seperti biasa, ini rutin kalau dia rasa serabut dengan hidupnya. Serabut bukan sebab Qasarina kali ini, tetapi serabut memikirkan Alessandra. Bagaimana dia mahu berlaku jujur dengan wanita itu tentang identiti dirinya? Bagaimana kalau Alessandra kecewa dengan dia?

Ah, Ian. Apa kau kisah?

Tiba-tiba muncul figura yang dinantikannya. Baru sahaja dia sebut.

"Patutlah I call tak angkat, you sibuk berenang dekat sini," omel Alessandra. Kedatangan dia di sini pun atas permintaan tengku itu sendiri. Tanpa mereka sedar, hubungan mereka semakin membaik sejak prom.

"Hai cantik, kenapa pagi-pagi dah marah aku ini?" cebik Ian. Dia berenang ke tepi kolam.

"Kenapa tak angkat call I?" soal Alessandra dengan ton suara tidak berpuas hati.

"Aku tengah berenang kan? Meh, duduk sini." Dia menepuk tebing kolam.

Dengan wajah cemberut, Alessandra duduk berhati-hati di pinggir kolam. Kakinya dijulurkan ke dalam air. Ian beralih sedikit mengepung sisi paha wanita itu.

"Mandi jom? Tak dalam pun," ajaknya.

"Taknak. I tak pandai berenang. Lagipun I datang nak tengok you kejap," tolak Alessandra.

"Tengok aku? Kenapa? You miss me?" Ian senyum senget.

Alessandra memutarkan biji matanya. "Perasan. Banyak lagi benda I nak buat selain rindukan you."
Eceh, padahal dia yang menggelupur bila tidak menerima sebarang pesanan daripada Ian.

Ian mengecilkan matanya. Dek geram, dia memercikkan air ke muka Alessandra. Rasakan! Suka menyakitkan hati orang.

"Ian! Basahlah I." Suara Alessandra naik seoktaf. Pakaiannya ditilik sekilas, habis basah.

"Basah? Eloklah, alang-alang itu masuk berenang dengan aku sekali," desak Ian.

"Berapa kali I nak cakap? I taknak. You mandilah sana, I tengok cuci mata." Alessandra terus ingin bangun menghalakan langkah ke kerusi yang tersedia. Alang-alang itu dia mahu membaca berita sensasi hari ini. Mana tahu, ada mangsa baru selepas Tengku Dilan.

Beberapa langkah dia ambil, kedengaran suara Ian di belakang.

"M-malaiqa. Kaki aku kejang," adu Ian. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.

"Ha? You biar betul?" Alessandra mulai panik. Dia terus mengcangkung di tebing kolam.

Ian masih statik dengan muka berkerutnya.

"Mampus juga anak orang ini kang. You kejang rasa macam mana? Ian, pegang I sini," arah Alessandra. Dia menepuk lengannnya berkali-kali tanda menyuruh Ian mencapai lengannya.

Ian tersenyum penuh muslihat sebelum dengan sekali tarik sahaja Alessandra selamat terjun ke dalam kolam.

"Ian!" tempik Alessandra.

"Ya sayang," jawab Ian lembut.

"I-I tak pandai berenang," ucap Alessandra tercungap-cungap. Dia masih berusaha keras untuk mengambil nafas apabila terasa semakin dalam air.

"Malaiqa!" Ian terus memaut pinggang Alessandra dan menaiknya ke permukaan air. Secara spontan, tangan wanita itu kuat memaut lehernya.

"Uhuk, uhuk!"

"Aku minta maaf, Malaiqa. Aku betul-betul tak sengaja. Kau okay?" Dia meraup lembut wajah basah Alessandra. Habis memerah hidung dan pipi wanita itu.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now