Tengku Seducer: 21

6.2K 476 40
                                    

ALESSANDRA berguling ke kanan dan ke kiri di atas katil dek kebosanan. Selepas Ian mengambil dia pulang dari kerja tadi, cuma sebentar dia dapat rehat bersama sebelum lelaki itu mula mengasingkan diri di dalam bilik kerja.

Tiba-tiba, tekak terasa kering pula. Dia mencapai kardigan nipis di atas penyangkut sebelum menapak keluar ke arah dapur. Jejak sahaja kaki di dapur, dia diperlihatkan dengan sosok dua insan yang selama ini sedaya-upaya dia elak sepanjang duduk di sini. Dilan dan Qasarina.

"Sandra. Turun nak makan ke?" tegur Dilan terlebih dahulu. Alahai, isteri depan mata pun sibuk dengan isteri orang. Tak nampak ke Qasarina dekat sebelah itu dah terjeling-jeling?

Dilan menelan air liur melihat kecantikan Alessandra. Baru pertama kali dia lihat wanita ini berpakaian simple, dengan gaun satin ditutupi kardigan. Berbeza dengan Qasarina.

"I nak minum air," balas Alessandra ringkas dan padat.

Baru sahaja dia ingin mengambil gelas yang diletakkan taklah tinggi mana, tanpa diundang timbul satu idea bernas dalam mindanya yang kecil itu.

"Ehem, Dilan boleh tolong I tak? I nak capai gelas itu tapi tak sampailah," pinta Alessandra.

"Sure." Dilan terus bangun membantu Alessandra mencapai gelas yang berada di atas kabinet.

"Here you go." Satu gelas dihulurkan dengan senyuman semanis taik kucing.

"Thank you," ucap Alessandra. Makin tak selesa jadinya apabila Dilan dari tadi tak berganjak dari sini.

"Ian mana?" soal Qasarina pula. Tak betah dia melihat kemesraan suami dengan Alessandra.

"Ada dalam bilik kerja. Tadi lepas penat cuddle, dengan I, dia terus buat kerja yang tertunggak pasal akademi itu. Kesian suami I," balas Alessandra.

Hati Dilan mendongkol geram mengenangkan akademi itu bakal menjadi milik Ian sepenuhnya.

"Oh, Sandra. Kalau you nak tahu, Ian suka minum hot chocolate kalau dia sibuk bekerja. I boleh tolong buatkan," pelawa Qasarina selamba.

Haih, dah kalau dia yang nak buatkan habistu apa gunanya Alessandra? Tunggul?

Hairan betul dengan pasangan yang satu ini. Mengapa berkahwin kalau saling tak setia?

"Dilan, you suka apa kalau stress? I naklah tahu, sebab 'isteri' you lebih tahu pula suami I itu suka apa," perli Alessandra.

"Sandra."

Alessandra terkebil-kebil sebelum dia ketawa besar. Lebih kepada mengejek.

"B!" jerit Qasarina.

"M-maksud I, Sandra you minum tumpah-tumpah ini." Tergagap-gagap Dilan membetulkan ayatnya. Bodohlah kau ini Dilan.

Alessandra melihat sekelilingnya, mana ada air tumpah. Alahai, nak cover kemiangan diri sendirilah itu.

"Kelakarlah you ini Dilan. Okaylah, I nak naik atas dulu takut suami I cari I tapi I tak ada pula. Nanti sedih dia," ujar Alessandra sembari dia mengenyitkan mata ke arah Dilan yang terpaku.

Keluar sahaja dia dari kawasan dapur, dua ulas bibirnya tersenyum sinis. "First step, done."

•••

Dia berdiri di luar balkoni, menghirup deruan angin malam. Sudah pukul 10 lebih, tapi sosok Ian masih belum muncul. Agak rindu, tetapi cepat-cepat diusir perasaan itu.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now