Tengku Seducer: 12

6K 462 60
                                    

Alessandra mendengus kasar. Hari ini dah termasuk 3 hari lelaki bernama Ian Hayf mengikutnya ke Agensi X. Dia pergi ke Utara, Ian pun pergi ke Utara. Pergi ke Selatan, situlah Ian akan berada. Sangkaan lelaki itu akan bencikan dia meleset sama sekali.

"Hye gorgeous," ujar Ian sembari dia meniup lembut telinga Alessandra.

"What's wrong with you? Dah macam anak ayam ikut mak ayam ini kenapa?!" bisik Alessandra tegas. Matanya melilau risau jikalau ada staf-staf yang melihat.

Mereka berjalan ke arah pantri setelah Alessandra selesai bermesyuarat. Sedaya-upaya dia abaikan Ian yang terjenguk-jenguk ke dalam bilik mesyuarat tadi.

"Kenapa kau tak layan aku sejak kita balik dari pantai haritu?" tanya Ian.

Dia bersandar di tepi pintu pantri. Tubuh belakang Alessandra yang sibuk membancuh kopi hanya diperhatikan.

"Urusan kita dah selesai. I failed my mission jadi I tak faham kenapa kita berdua masih ada urusan," jawab Alessandra tanpa sedikitpun dia memandang wajah Ian.

"Kau belum gagal misi kau lagi, Malaiqa. Aku kan boleh tolong kau."

Alessandra tergelak sinis. "You boleh buat apa je?"

Sepi tanpa balasan.

Tiba-tiba dia terbau satu haruman yang familiar dari arah belakang. Macam dekat sangat je bau ini menusuk rongga hidung. Apabila dia toleh, badannya mengeras apabila kedua-dua tangan Ian siap memerangkap tubuhnya pada kabinet.

"Y-you buat apa ini?" Tergetar-getar suaranya bertanya.

"Tolong kau."

"Tolong macam mana? You buat I lemas adalah."

Sengaja Ian menggeselkan hidungnya ke bahu Alessandra. "Biarlah. Biar kau lemas dalam dakapan aku."

Alessandra mengguling bebola matanya. "Mulut buaya sangat."

B..buaya dia panggil aku? Ian bagaikan tak percaya. Dia labuhkan dahinya di atas bahu wanita itu.

"Sampai hati kau cakap aku buaya." Ian pura-pura kecewa.

"Yang you nak dramatik sangat ini kenapa?" sembur Alessandra tak berperasaan.

Ian diam. Alessandra pula hanya membiarkan posisi Ian dengan dirinya sekarang. Lelaki macam Ian ini, lagi ditegah lagi dia akan buat. Ruangan pantri hanya dihiasi dengan bunyi dentingan sudu dan cawan.

"Wangi," puji Ian secara tiba-tiba.

"Hm?" Alessandra cuba menahan rentak di dalam hati.

"Kau wangi. Kau pakai perfume apa?" gumam Ian.

"Oh.." Alessandra mengetuk dahinya seolah-olah berfikir.

"I tak pakai perfume. I sembur wuduk je," gurau Alessandra. Dia kemam bibirnya tahan ketawa.

Ian angkat kepala. Matanya dijegilkan ke arah Alessandra. Pandai rupanya mengusik kacang kuda ini.

"Orang lain wuduk sapu anggota wajib je, kau sembur satu badan. Unik," selar Ian.

Wanita itu meledak ketawa. "I memang unik."

"That's why I'm attracted to you, Malaiqa."

Bahu Alessandra kembali terasa berat.

"Kita stay macam ini sampai bos kau nampak. Lepas itu kau boleh claim yang kau dah berjaya tundukkan 'tengku Dilan'. Easy." Ian tersenyum manis. Namun, sisa hatinya masih bengkak disebabkan perbuatan Dilan.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now