Tengku Seducer: 15

6.6K 434 45
                                    

"SEGAK tak aku?" soal Ian di luar pintu wad Aaron. Hari ini, mahu tak mahu dia tetap harus perkenalkan diri di hadapan mama dan papa Alessandra.

Alessandra menilik tubuh Ian dari atas sampai ke bawah. Kemas dengan rambut disikat rapi, baju kemeja lengan pendek berwarna hitam dan seluar jeans putih. Perfect!

"Segak. Macam ejen pelancongan," gurau Alessandra.

Ian berdocak. "Betul-betullah Malaiqa. Aku ini nak jumpa bakal bapak mertua aku. Kalau aku tak kacak, mesti papa kau fikir anak perempuan dia ini tak pandai pilih lelaki nak dijadikan suami."

"Papa I bukannya berfikiran kolot macam itu. Nak berfikir pun, otak papa I sakit sekarang ini."

"Okay lagilah papa kau ada boleh nak fikirkan pasal kau walaupun sakit, daripada aku? Aku ibu ayah pun tak ada," lontar Ian.

"You jangan nak dark jokes dengan I boleh tak?"

"Siapa yang mula dulu? Kau juga," bidas Ian. Dia yang mulakan, dia yang panas.

"Haih, newlyweds. Nak berdiri berapa lama dekat luar? Sandra, papa dah tunggu dekat dalam. Tak sabar nak jumpa bakal menantu dia yang helok ini," tegur umi.

"Youlah ini nak bergaduh dengan I," marah Alessandra. Dia mendengus sebelum mendahului langkah Ian.

"Not too fast, Malaiqa. Gentleman first." Ian menarik kepala Alessandra sebelum kini kedudukan mereka berubah. Ian masuk terlebih dahulu.

Tak guna punya Ian, melawan hukum alam.

Masuk sahaja mereka ke dalam ruangan wad yang sunyi sepi, kepala Aaron siap memerhatikan sosok tubuh Ian.

"Hai, papa! Papa macam mana hari ini? Sihat?" Alessandra memulakan bicara terlebih dahulu. Takkanlah nak suruh Ian dahulu kan?

Aaron angguk perlahan. "Sihat macam inilah. Sandra bawa siapa ini?"

"Sandra bawa bakal suami Sandra, bakal menantu papa," jawab Alessandra. Dia duduk di birai katil, sesekali tangannya meliar mengurut seluruh kaki Aaron.

"Assalamualaikum uncle." Ian tunduk untuk menyalam tangan lelaki berumur yang terlantar di atas katil. Cuma kelihatan mata yang sipi-sipi terbuka.

Kepalanya terasa berat. Tangan Aaron mengusap puncak kepalanya.

"Nama siapa ini?" tanya Aaron dengan nada suara yang sangat perlahan.

"Ian. Ian Hayf, uncle." Ian hadiahkan senyuman semanis gula.

"Uncle tak pernah tahu pula Sandra ada berkawan dengan lelaki. Maklumlah, uncle habiskan masa cuma terlantar menyusahkan Sandra," nyata Aaron.

"Mana ada papa susahkan Sandra," nafi Alessandra.

"Macam mana kamu boleh berkenalan dengan Sandra? Bercinta dah lama?" siasat Aaron lagi.

"Sandra dengan Ian tak berc-"

"Saya yang sukakan Malaiqa dulu uncle," pintas Ian laju.

"Malaiqa?" Aaron memandang isterinya sekilas meminta jawapan.

Callista hanya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu apa-apa.

"Yes, Malaiqa."

"Kenapa Ian panggil Sandra, Malaiqa? Tak pernah-pernah uncle dengar orang panggil Sandra macam itu," ujar Aaron dengan sengihan.

"Dalam hidup ini, pasti ada seseorang yang kita anggap sebagai malaikat sebab bagi kita kehadiran dia ibarat anugerah daripada Tuhan," jawab Ian panjang berjela.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now