Tengku Seducer: 17

6.9K 521 83
                                    

TIBALAH hari yang dinantikan yang mana dua jiwa akan bersatu dalam satu ikatan yang halal. Hari akad nikah dan persandingan mereka akan diadakan di rumah keluarga Alessandra pada hari yang sama. Maklumlah, mereka berdua tidak gemarkan perkara yang leceh.

Ian lengkap dengan baju Melayu cekak musang berwarna putih dipadankan dengan samping berwarna ungu putih. Dia berdiri tegak di hadapan cermin panjang untuk melihat penampilannya buat kali terakhir sebelum mereka bergerak ke rumah Alessandra. Agaknya, cantik tahap manalah wanita itu hari ini?

Dia menilik dirinya atas bawah. "Aduh, silau betul. Siapa itu?"

"Oh, itu aku. Ian Hayf. Patutlah handsome." Dia menyebak rambut tepinya. Bercakap dengan pantulan diri sendiri di cermin.

"Kau gila ke cakap seorang diri?" tegur satu suara yang amat dikenalinya dari ambang pintu bilik.

Dia mengeluh panjang apabila dia kenal amat dengan pemilik suara itu. Siapa lagi kalau bukan Dilan.

"Kau nak apa? Nak rosakkan mood aku?" tuduh Ian. Dia memakai jam tangan jenama Hamilton yang diberi oleh Ku Kafrael sempena hari lahirnya tahun lepas.

Dilan mengepalkan penumbuk melihat jam tangan yang amat tidak asing baginya.

"Aku datang nak pastikan kau betul-betul yakin dengan keputusan kau ini," ujar Dilan sejajar dia melabuhkan punggung di atas katil Ian. Katil inilah tempat selalu mereka lepak bersama, namun kini tidak lagi.

"Kau tanyalah aku beribu kali pun, jawapan aku tetap sama," jawab Ian malas. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia kunci mulutnya rapat-rapat daripada harus terus menjawab soalan Dilan.

"Anak aku dah 4 bulan."

Badan Ian mengeras. Terhenti segala gerakan tangannya yang sibuk dari tadi. Tak lama sebelum dia kembali melontar ketawa sinis.

"Kau datang sini nak bangga dengan aku tentang hasil dosa zina korang berdua. I see," Ian mengurut dahinya.

"Aku cuma nak kau bersedia sebab bila-bila masa Ku Kaf akan halau kau dari sini lepas anak aku lahir. Ayahanda tak perlukan kau lagi sebab dia dah ada pewaris," kata Dilan riak.

"Sah ke tidak pewaris yang kau banggakan ini?"

"Apa maksud kau?"

"Dil, Dil. Aku pernah bagi amaran dekat kau sebelum ini. Kau tak akan boleh kalahkan aku." Setapak demi setapak dia mengorak langkah ke arah Dilan.

"Kalau kau nak tahu, secebis kuman pun aku tak tergugat dengan kehadiran anak kau itu. Kau nak tahu asal? Sebab anak aku dan Malaiqa akan lahir dengan didikan yang sempurna dan lebih penting... dia sah taraf." Sengaja dia tekankan istilah 'sah taraf' supaya jelas kedengaran di halwa telinga Dilan.

Air muka Dilan melukis kemarahan yang maha dalam.

"Aku nak kahwin ini. Kalau kau datang nak bakarkan hati aku, lebih baik kau lupakan sebab hari ini aku lelaki paling bahagia."

Dilan akhirnya mendengus kasar sebelum dia berlalu meninggalkan Ian.

"Nak cari gaduh, tapi mental tak kuat," ngomel Ian sendiri.

"Our man!" Kini, bergema pula satu ruangan dengan suara tiga sekawan.

Sejurus sahaja pandangannya dapat menangkap golongan yang menegur, bibirnya merekah dek senyuman.

"Masuklah," pelawa Ian.

"Seorang je? Tadi kitorang terserempak dengan Dilan tapi ketat je muka. Dia pergi mana? Tak tolong kau?" sapa Naufal.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now