Tengku Seducer: 18

7.5K 582 47
                                    

POTRET perkahwinan antara Alessandra dan Ian yang tersebar di seluruh Internet menaikkan kemarahan si dia. Dia menggaru kasar parut yang menjajahi separuh bahagian mukanya. Habit setiap kali dia ingin mengawal kemarahan.

"Arghhh!" Habis berselerak semua kertas yang berada di atas meja.

"Kau kahwin Alessandra? Kau berani kahwin dengan jantan lain?!"

Dia mundar-mandir kegelisahan dengan keringat di dahi.

"Kau memang tak dengar cakap Alessandra. Kenapa kau lawan cakap aku sayang? Kenapa?"

Kini, dia menghampiri dinding yang hampir dipenuhi dengan gambar-gambar Alessandra yang ditangkap dalam diam. Sudah lama dia mengintip kegiatan harian wanita idamannya itu. Belum masanya lagi untuk dia munculkan diri melainkan tempoh hari.

Gambar Alessandra yang manis tersenyum bersama Dahlia dikucup.

"I tahu you buat semua ini sebab nak I cemburu kan? Kan sayang?" monolognya sendirian sebelum dia ketawa mengakak. Persis orang gila.

"Kau milik aku Alessandra Malaiqa. Cuma aku yang berhak ke atas diri kau."

•••

Suasana pagi yang tenang dan damai menyapa pasangan pengantin baru yang baru melayani bahtera cinta semalam. Mereka jalan beriringan ke dapur bagi makan pagi bersama Aaron dan Callista.

"Morning, anak-anak mama." Suara puan Callista menjuluk gegendang telinga mereka berdua.

"Morning mama cantik," sahut Ian. Pagi ini dia tampak lebih santai dengan t-shirt putih berjenama Ralph Lauren.

"Sedapnya bau. Mama masak apa pagi ini?" tanya Alessandra dengan gaun bunga-bungaan yang menyapu lantai.

Ian melabuhkan punggung selari tangannya menarik kerusi di sebelah bagi memberikan ruang untuk sang isteri duduk.

"Mama masak nasi goreng dengan telur. Kamu berdua makanlah. Mama nak hantar papa pergi appointment untuk rawatan radioterapi kejap lagi," jawab Callista.

"Berapa kali lagi radioterapi papa itu ma?" soal Alessandra sejajar tangannya menyenduk nasi goreng ke atas pinggan sang suami.

"Banyak lagi Sandra. Tapi Alhamdulillah doktor cakap papa kamu semakin ada improvement."

"Mama taknak Ian hantarkan?" Ian berbudi bahasa.

"Tak perlulah. Pengantin baru jangan sibuk hal pengantin lama. Kamu berdua luangkan masa sama-sama. Sandra, nanti bawalah Ian ini jalan sekeliling taman. Takut bosan pula nanti," arah puan Callista. Dia membawa diri keluar dari dapur untuk memanggil Aaron. Tidak tahulah boleh ke tidak suaminya itu bersiap sendiri.

"Banyaknya. Nak suruh aku gemuk ke ini sampai menggunung nasi kau letak?" tegur Ian apabila kelibat puan Callista menghilang.

"Eh, sorry sorry! I tak perasan, leka borak dengan mama. Banyak sangat ke?"

Baru sahaja dia ingin menarik kembali pinggan Ian, tangan lelaki itu menahan.

"Tak apa, aku makan semua yang isteri aku bagi." Ian mencapai sudu dan garfu sebelum satu demi satu suapan diambil.

"Semua? Kalau I bagi you racun, you minumlah?" duga Alessandra.

Mulut Ian berhenti mengunyah. "Kau tak sayang aku ke?"

Alessandra terdiam.

"Kalau kau sayang aku, kau tak akan bagi aku racun," sambung Ian lagi dengan nada yang sedih.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Kde žijí příběhy. Začni objevovat