Tengku Seducer: 35

4.9K 462 38
                                    

HARI ini Alessandra tidak boleh berlengah lagi. Dia harus memulihkan hubungan di antara Ian dan Maisarah. Sampai bila mereka mahu kekal dalam keadaan ini? Perang dingin antara anak-beranak? Sambil membasuh sayur-sayuran, sambil itulah dia sibuk memikirkan situasi Ian dan mak mertuanya.

Dia tersenyum apabila telinganya mampu menangkap derapan kaki sang suami.

"Nak apa? Nak bermanja dengan I?" seloroh Alessandra tanpa berpaling.

Tak tunggu lama, ada tangan sasa melingkar erat di pinggangnya. Kan dia dah agak?

"Tengah buat apa ini, wifey baby?" tanya Ian dalam senyuman. Dia paling gemar pemandangan seperti ini. Pemandangan tubuh belakang Alessandra yang lagi sibuk memasak di dapur.

"Macam biasa, I nak masak lauk untuk makan tengahari kita. Kenapa you turun ini?" Nasib tangannya basah kuyup, kalau tidak sudah lama dia elus pipi Ian di tepi telinganya itu.

"Malaiqa. Nak dengar satu cerita tak?" tanya Ian langsung.

"Taknak." Alessandra berlelucon.

"Ish, sayang ini." Ian menceber.

"I guraulah. Cepatlah, cerita apa itu? Jangan nak buat cerita seram dekat sini eh." Alessandra memberi amaran. Bukannya boleh disangkal apa yang bakal meniti keluar dari bibir Ian itu.

"Okay, dengar apa aku nak cerita ni tau. Semalam, ada perempuan call aku masa kau tidur," beritahu Ian langsung. Dia mana boleh simpan apa-apa rahsia daripada Alessandra.

"Perempuan? Perempuan mana?" Pisau di tangan dicengkam kuat.

"Dengar dulu. Dia ajak aku keluar," sambung Ian lagi. Bibirnya dikemam menahan tawa daripada meletus keluar.

"What the.." Alessandra hela nafas kesal.

"Aip. Jangan mencarut. Tuhan marah." Ian mengucup tepi kepala isterinya. Marah betul ini sampai mencarut.

"Tak masalahnya siapa? Perempuan mana yang ajak you keluar? Dari mana dia dapat nombor you?" Bertubi-tubi soalan dicampak keluar. Kepantangan Alessandra ada perempuan yang cuba merampas hak miliknya. Pisau di tangan diangkat tinggi dengan pandangan yang tajam.

"Wifey, letak pisau tu dulu. Bahaya, nanti kau terluka," arah Ian selari tangannya merampas pisau di tangan Alessandra.

"Cakap dulu perempuan mana? Dia siapa?" selar Alessandra.

"Umi. Hehe." Ian menekup mulut menahan tawa. Girang hatinya melihat Alessandra beria-ia mempertahankan dirinya.

"You ni kan!" Alessandra jeling suaminya dengan ekor mata.

"Sorry wifey kita gurau," ucap Ian dengan senyuman. Pelukan belakangnya dieratkan lagi.

"Umi cakap apa dengan you?" Dahi Alessandra berkerut seribu. Silap pula dia boleh tertidur di atas sejadah semalam, nasib baik ada Ian yang tolong alihkan badannya ke atas katil.

"Umi ajak aku keluar sama-sama pergi makan, shopping, beli barang dapur yada yada," balas Ian.

"Patutlah haritu umi beria-ia nak tahu makanan kegemaran you, rupanya sehab nak ajak keluar. Then apa lagi yang you nak fikirkan? Why not, hari ini you spend the whole day with her?" Mata Alessandra memancarkan sinar. Walhal, mana pernah Maisarah itu mahu ambil tahu apa-apa tentang Ian.

"Taknak." Ian geleng kepala.

"Kenapa taknak?" Alessandra berpusing sepenuhnya menghadap Ian.

Tangan Ian mengepung tubuh isterinya yang bersandar pada kabinet dapur.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now