Tengku Seducer: 41

4.4K 363 16
                                    

SAMBIL jari-jemarinya asyik memintal rambut ikal mayang sang isteri, sambil itulah dia tekun membaca segala berita dan akhbar yang keluar pada hari ini tentang Kejohanan Muaythai Dewasa Terbuka Kebangsaan antara Akademi Unholy MMA dengan Sacred Fighter. Macam-macam tohmahan dan komen diutarakan oleh warganet. Berkerut-kerut dahinya membaca segala komen.

'Nampak macam semakin ketandusan bakat aje, Akademi Unholy MMA ni'

'Kurang 'kick'lah game kalini'

Panas pula hati dia menerima beberapa tohmahan terhadap akademi yang dia bangunkan sendiri. Tiba-tiba, satu perbualan antara dua orang pengguna di ruangan komen menarik perhatiannya.

'Ini semua mesti sebab abang Python dah tak berlawan.'

'Oh, sebab dia kahwin kan?'

'Ya, babe! Kalau dia tak kahwin, mesti dia boleh menang semua perlawanan. Dengar cerita dia dah kurang involve sebab nak fokus dekat bini. Ini semua salah perempuan yang beria-ia nak kahwin dengan dia tu!'

'Nyampah kan beb dengan isteri abang Python tu'

"Kurang ajar!" ujar Ian.

"Ouch! Ian! Yang you main-main itu rambut I bukan tali rafia!" Mendadak Alessandra bangun daripada berbaring. Akar rambutnya yang terasa pedih direntap secara tiba-tiba oleh Ian digosok perlahan. Padu betul penangan suaminya ini.

"Gosh, sorry wifey. A-ku aku betul-betul minta maaf. Aku terbawa-bawa emosi aku baca semua komen pasal akademi itu. Kesian rambut isteri aku," pujuk Ian sembari tangannya menyisir rambut Alessandra.

"Kenapa you emosi sangat?" Sengaja Alessandra mencekup mulut Ian sehingga memuncung mulut lelaki itu dibuatnya.

Ian mengeluh perlahan.

"Akademi aku hantar beberapa kontinjen untuk lakar kemenangan bagi acara Muay Thai dekat Kelantan sana. Tapi, tak ada rezeki nak bolot pingat emas. Jadi, aku bacalah semua berita yang keluar tentang perlawanan itu. Memang teruk akademi aku kena," jelas Ian panjang lebar.

"Jadi you marah budak-budak you sebab tak buat yang terbaik?" teka Alessandra. Tangannya diturunkan.

"Tak adalah sampai tahap macam itu, baby. Aku tak pernah lampiaskan kemarahan aku pada sesiapa kecuali Malik sebab dia memang menyebalkan. Aku yakin budak-budak itu semua dah cuba yang terbaik. Diorang train siang malam. Cuma, ada satu komen yang buat aku panas," bidas Ian dengan keluhan panjang.

"Komen apa? Nak tengok," pinta Alessandra dengan mata terkebil-kebil.

"Tak payahlah, wifey. Tak penting." Dengan pantas, Ian sorokkan tabletnya di tepi meja sofa. Dia memang tidak mahu Alessandra membaca semua komen itu kerana dia tahu isterinya akan menyalahkan diri sendiri nanti.

Ian bangun dari sofa. "Jom siap? Tengahari nanti kau ada jemputan istimewa ke Galeri Bloodtesa kan?"

"It's Blood Poetressa. I ingatkan you taknak ikut I pergi?" Ruas dahi Alessandra berkerut seribu. Soalnya, semasa dia memberitahu perihal itu kepada Ian, lelaki itu cuma diam seolah-olah masih mempertimbangkan ajakannya.

"Impossible for me to let my gorgeous wife wandering around alone without me right?" Ian kenyitkan mata.

Alessandra mendecit. Ada sahajalah ayat-ayat manis Ian yang mampu mengusir kegusarannya. Ya, dia masih tertanya-tanya tentang komen yang mengganggu emosi Ian.

"Come, baby. Pegang sini." Ian tepuk-tepuk lengannya. Dia ingin naik ke atas bersama-sama Alessandra.

"Mengada," kutuk Alessandra. Dalam sibuk membebel pun, dia masih memeluk erat lengan Ian.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now