Tengku Seducer: 42

3.7K 377 25
                                    

"WHAT?!"

Berdesing telinga Ian mendengar suara lunak isterinya. Dah kalau empunya suara itu Alessandra, suara macam beruk tersepit pintu pun dia rasakan sedap didengar.

Sedikitpun dia tidak kalih memandang wajah Alessandra kerana dia perlu fokus kepada pemanduan.

"Say it again, Ian Hayf?"

"Marah akulah tu kan? Panggil nama penuh aku." Ian kalih sejenak. Tak sukalah nama penuh ini, patut ke dia pergi ke pejabat pendaftaran dan tukar nama dia kepada "Husband baby"?

"Tak. I tak faham sekarang ini. Tadi, depan Suri you cakap you izinkan I untuk jadi muse diorang, and now what? Tiba-tiba you cakap you tak izinkan?" Alessandra mencebik. Penat-penat sahaja dia buat muka comel tadi. Rupanya Ian pura-pura lemah sahaja!

"Aku cuma nak jaga hati—"

"Jaga hati siapa? Suri?" cantas Alessandra sebal.

"Bukanlah. Aku—"

"Habistu? Nak jaga hati Suri, tapi abaikan hati I?"

"No, baby. Listen first—"

"You selalu buat keputusan tanpa fikirkan I." Nada suara Alessandra mula berbaur berjauh hati. Dia kecewa.

"Hey, Malaiqa. Boleh bagi suami kau ini peluang untuk bercakap tak?" Tangannya naik mengelus lembut puncak kepala Alessandra. Bukannya dia tidak tahu isterinya ini kalau mengamuk, bukan dihiraukan keadaan sekeliling.

Khali.

"Aku tak bagi bukan sebab aku nak jaga hati Suri rumah itu ke apa, tapi aku cuma nak jaga kau. Kau jadi muse diorang, kau tahu tak siapa yang akan lukis kau nanti? Mr. FA itu, baby." Ian bersuara meskipun Alessandra berdiam diri. Tak mengizinkan, tak menidakkan.

"Then, what?" potong Alessandra lagi.

"Dia lelaki. Kau akan banyak luangkan masa dengan dia untuk bincang projek baru itu. Kalau kau jadi aku, kau izinkan untuk aku berdua-duaan dengan perempuan lain? Walaupun untuk kerja?" Ian pulangkan paku buah keras. Nak lembutkan hati Alessandra ini mudah sahaja.

"You patut tahu satu benda Ian. I isteri you, dan I sedar you siapa dalam hidup I. You suami I. Cuma, I kahwin dengan you bukan untuk you halang impian I. I nak you sokong I." Alessandra membalas, namun mata tetap lebih selesa memandang ke luar tingkap. Tidak sanggup ingin bertentang mata dengan Ian. Bukannya dia tidak tahu lelaki itu sesekali menjeling ke arahnya.

Terdengar keluhan halus meniti keluar daripada bibir Ian. Dah kalahkah lelaki itu?

"Aku boleh izinkan, tapi aku nak Fahrel sentiasa ada dengan kau." Tegas suara Ian memberikan arahan.

"See? Kenapa you boleh percayakan Fahrel, sedangkan you tak percayakan lelaki lain dekat dengan I? Fahrel pun lelaki." Kini, badan Alessandra kalih sedikit menghadap Ian. Tubuhnya dipeluk.

"Ada sebab kenapa aku percayakan dia. Dia ditugaskan untuk jaga kau. Sekarang ini, boleh ke tak ikut syarat aku?" Ian menurunkan spek mata hitamnya untuk mencari sepasang mata Alessandra dengan sebelah tangan masih memegang stereng.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now