Tengku Seducer: 11

5.7K 426 31
                                    

PANG!

Kepala Ian terteleng ke tepi. Dia memegang pipinya yang terasa berpinar ditampar tangan Alessandra. Naik turun dada wanita itu menahan amarah.

"You tipu I?"

Kini cuma tinggal mereka berdua di kawasan belakang rumah. Habis Alessandra memaksa Ian untuk berterus-terang. Dia terasa seperti orang bodoh sekarang ini.

"Bila masa aku tipu kau?"

"Siapa you sebenarnya? Ian Hayf? Bullshit!" Jarinya ditunjalkan di dahi Ian.

"Watch your hands Malaiqa. Kau pilih. Sama ada kau nak berbincang elok-elok dengan aku ataupun kita sama-sama guna kekasaran dekat sini," ugut Ian dengan nada yang mendatar.

"I pula yang kena dengar kata you? Macam mana I nak hormat orang yang dah tipu I? Jawablah!" Alessandra menolak dada bidang Ian berkali-kali. Terundur kebelakang lelaki itu dibuatnya.

"Aku tipu kau apa? Kau yang tak dengar cakap aku. Dari awal kita berjumpa dekat restoran itu, aku dah cakap kau jangan terlalu yakin. Aku dah banyak kali cakap aku bukan dia!" Timbul urat-urat di dahi Ian menahan amuk. Dia tidak suka melepaskan amarah pada orang yang tak bersalah apatah lagi orang itu Alessandra.

"You boleh je terus jujur dengan I yang you bukan Dilan tapi you cuma datang untuk gantikan tempat dia. Banyak masa yang ada Ian. Almost 7 months! I taklah bodoh sangat!" lawan Alessandra.

Ian tergelak. Kedengaran amat sinis di telinga Alessandra.

"Taklah bodoh sangat? Kau dah cukup bodoh di mata aku bila kau pilih untuk terus berkenalan dengan aku walhal kau tak pernah sekalipun tengok muka Dilan. Itu kau cakap tak bodoh?" sindirnya.

"Sebab I percayakan kawan I. Dia sendiri yakin yang Tengku Dilan itu you," bidas Alessandra.

"Kau nak salahkan orang lain atas kebodohan kau sendiri pulak sekarang ini?"

"Kenapa you nak marah I pula? I yang patut marah!" Alessandra berpeluk tubuh.

"Eh dahlah. Kau tahu tak sekarang ini tak guna kita bertekak mulut. Aku marah, kau pun marah. Kita sama-sama mangsa keadaan so please shut up Malaiqa. Aku tak boleh berfikir," pinta Ian.

"I won't shut up just because you asked me to!" Alessandra merapatkan jarak antara mereka berdua. Terdongak kepalanya memandang Ian.

"Oh, just shut up."

"Make me then," cabar Alessandra.

"You sure?" Ian terus menarik dagu Alessandra ingin melabuhkan ciuman. Ian, lelaki yang pantang dicabar.

"Crazy!" Alessandra menolak dengan kasar badan Ian. Nasib baik anggota tubuhnya lebih tangkas berbanding minda. Kalau tidak, ciuman pertamanya dicuri oleh lelaki yang bukan bergelar suami.

Ian tersenyum senget. Dia meraup mukanya kasar. Habis berserabai rambutnya yang kemas tadi.

"Memang musibat dua ekor itu," gumamnya sendirian.

"I masih rasa semua ini tak masuk akal langsung. Malam ini seolah-olah mimpi buruk dalam hidup I. Sekali lagi I tanya, you're really not Tengku Dilan?" tanya Alessandra sekali lagi meminta kepastian.

"I'm not. Berapa kali aku nak beritahu?" Nada Ian naik seoktaf. Kalau orang lain tengok keadaannya sekarang, pasti mereka menganggap dia kurang siuman.

"Then if you're not tengku Dilan then who are you?"

"Macam aku cakap. I'm not Tengku, not Raja, just a normal guy with God gift's face. Aku Ian Hayf." Ian menjawab dengan penuh sarkastik.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now