Tengku Seducer: 19

6.6K 480 20
                                    

SEMINGGU bercuti sempena cuti berkahwin, akhirnya Ian dan Malaiqa kembali menjalani rutin harian seperti biasa. Ian perlu selesaikan kerja yang tertunggak di Akademi Unholy MMA begitu juga dengan Alessandra di Agensi X.

Pagi-pagi lagi Madam Laia sudah mengarahkan Alessandra untuk masuk ke dalam pejabatnya. Ada perkara penting yang perlu dibincangkan. Namun, boleh ditebak niat asal wanita berumur itu. Pasti mahu soal siasat tentang perkahwinan mendadak antara dia dan Ian.

Pintu bilik Madam Laia dikuak.

"Sandra, come in."

Perlahan Alessandra mengambil tempat di hadapan meja Madam Laia. Tegang sahaja wajah orang tua itu seolah-olah ada aura hitam menyelebungi dirinya.

Fail yang dari tadi dibelek ditutup dan diletakkan ke tepi. Muka cantik Alessandra direnung lama.

"Kenapa Madam? Ada apa-apa yang tak kena ke dekat muka I?"

Madam Laia pantas menggeleng. "I cuma berfikir macam mana you boleh kahwin secepat ini. Congratulations on your wedding by the way."

"Thank you Madam. Itulah, I pun tak sangka."

Ini semua disebabkan perjanjian antara dia dan Ian. Semuanya demi Aaron.

"I dah dengar daripada Dahlia. Suami you sekarang ini bukan Tengku Dilan is it? He's Tengku Ian Hayf. Dilan's brother," tanya Madam Laia. Dia perlu berterima kasih kepada Dahlia selaku spy berbayar yang sentiasa akan laporkan pada dia perkembangan Alessandra dan Ian.

Seraya itu Alessandra mengangguk. Rasa janggal pula apabila orang luar menggelar suaminya sebagai tengku. Ian pun bukannya gemar panggilan itu.

"Jadi apa perancangan you lepas ini? You kahwin dengan abang untuk balas dendam pada adik? Macam itu ke?" soal Madam Laia hairan. Susah untuk dia baca fikiran Alessandra yang makin lama makin bercabang.

"I setuju untuk berkahwin dengan Ian atas sebab lain. Cuma kebetulan mereka ada pertalian darah. Jadi, I hanya ambil peluang keemasan ini untuk jatuhkan Dilan dalam jarak yang dekat," jelas Alessandra.

"Apa yang you akan buat? Suami you tak marah kalau you buat macam-macam dekat adik-beradik dia sendiri?"

Soalan Madam Laia mengundang tawa sinis Alessandra.

"He betrayed my husband. Jadi, kenapa I tak boleh buat benda yang sama?" Alessandra berpeluk tubuh. Kaki kanan ditindihkan di atas kaki kiri.

"Tak salah lagi I pilih you untuk misi ini. You doalah cik Natasya itu berputus asa, tak adalah you susah-payah nak balas dendam demi dia."

"Cik Natasya itu apa khabar? Dia boleh terima cadangan kita?" Kening Alessandra mula bertaut.

"Ini lagi satu masalah. I malas dah nak menjawab dengan cik Natasya itu. Dia tak mengamuk berita tentang tengku Dilan berkahwin dengan tengku Qasarina tapi dia mengamuk tentang berita you kahwin dengan tengku Ian."

"Kenapa macam itu pula? Bukan ke dia sukakan Dilan?" tanyanya hairan.

"Alessandra!" tempik satu suara nyaring di ambang pintu. Sudahlah hampir roboh pintu itu dihempasnya.

Mereka berdua menoleh ke arah pintu. Itu dia, panjang umur. Cik Natasya sudah munculkan diri. Di belakang pula ada Dahlia yang sudah pucat mukanya. Kenapa pula itu?

"Cik Natasya," seru Alessandra dengan senyuman. Klien tetap klien. Perlu dilayan dengan penuh hormat.

Wanita tinggi lampai itu terus meluru ke arah Alessandra sebelum..

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now