Tengku Seducer: 14

6.1K 464 52
                                    

ALESSANDRA merenung kad jemputan VVIP ke perlawanan Muay Thai yang akan berlangsung sekejap lagi. Hatinya berdolak-dalih sama ada dia yakin dengan keputusannya ataupun ini merupakan permulaan segala nasib malang.

Kalau Ian menang perlawanan kali ini, dia secara automatik bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki itu. Kalau sebaliknya? Segala tentang Ian, duit dan kesihatan Aaron perlu dikuburkan.

Dia menggigit jari bagi menggantikan debaran di dada.

"Baiklah, semua! Selamat datang ke ajang mingguan ONE Night Muay Thai Championship tahun ini!"

Semua bersorak gembira. Entah apa yang mereka gemar dengan sukan ini pun dia tidak faham.

Mata Alessandra melilau mencari sosok tubuh Ian dalam kerumunan. Dari tadi lelaki itu tidak kelihatan. Mungkin dia sedang mempersiapkan diri di belakang pentas?

"Cari aku?"

Terhinjut badannya apabila suara Ian sangat dekat dengan gegendang telinga.

"Ian."

Dia tersenyum.

"You buat apa dekat bawah ini? Bukan you kena bersedia masuk ke gelanggang?"

"Aku cari semangat aku. Sekarang dah jumpa." Ian sibuk mengikat ketat sarung tangannya sebelum bertanding.

Mata Alessandra tertumpu pada sarung tangan yang dipakai oleh Ian. Sarung tangan istimewa hasil olah tangannya dengan sulaman nama 'I.H'. Tahulah dia, lelaki itu sengaja menyimpan sarung tangan pemberiannya itu untuk dipakai pada perlawanan hari ini.

"Pandang aku lama-lama kenapa? Kenan?" tegur Ian.

"Mana ada," nafi Alessandra. Padahal kornea mata sibuk mengamati satu badan Ian.

"Kau dengar tak apa aku cakap tadi? Aku cari semangat aku," ulang Ian. Dia amat tidak gemar dengan perangai Alessandra yang suka mengelamun. Dia rasa diabaikan.

"S-semangat yang macam mana?"

Tiba-tiba, Ian membongkokkan badannya sedikit demi menyamakan ketinggian mereka.

"Aku nak motivation kiss dekat sini. Boleh?" pinta Ian. Jarinya mengetuk pipinya.

"You gila?!" Alessandra gabra. Kalau orang lain dengar macam mana?

Sekali lagi Ian seronok menggelakkan wanita itu. "Aku guraulah. Dari tadi aku tengok kau nampak gementar sangat. Kenapa? Kau takut aku menang atau kau takut aku kalah?"

"Dua-dua bukan. I takut you terluka. I sebenarnya paling tak suka tengok darah," rengek Alessandra. Dia amat bencikan darah. Kalau tengok sahaja, boleh loya habis terkeluar semua isi perut.

Ian senyum sinis. "Kau patut risaukan lawan aku. I will make him bleed."

"I tak kenal dia sebab itu I tak risau pasal dia."

Jawapan selamba Alessandra mengundang tawa Ian untuk kesekian kalinya. Ian mengapit kedua-dua belah pipi Alessandra sehingga memuncung mulut gadis itu dibuatnya.

"Kau ini comellah. Buat aku geram."

Terkebil-kebil mata Alessandra dengan tingkah spontan Ian.

"Phyton! Boleh get ready nak masuk." Seorang lelaki menegur mereka berdua membuatkan kepala Alessandra menoleh ke arahnya. Mungkin ini salah seorang pengadil atau juri. Entahlah, Alessandra pun tidak pasti.

"Aip, mata itu pandang mana? Pandang aku."

"You nak kepit pipi I ini sampai bila?" Terkemut-kemut bibirnya bercakap.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Onde histórias criam vida. Descubra agora