Tengku Seducer: 34

5.7K 482 41
                                    

DUA hari berlalu, akhirnya hari ini Ian sekali lagi akan bertempur di atas gelanggang. Tujuannya hari ini cuma satu, dia mahu menang dan menaikkan nama Akademi Unholy MMA.

Minyak disalut ke seluruh tubuhnya yang tidak ditutup dengan apa-apa kain, dan rambut yang tersikat rapi disebak ke belakang. Sarung tangan yang tersarung elok di tangannya digigit untuk diperketatkan lagi.

"Hey, the Venomous Python. Single?"

Giginya berhenti menggigit apabila suara yang amat dikenalnya itu menerjah deria pendengarannya. Dia tersenyum penuh makna.

"Sorry, I'm taken by the Greatest Seducer." Ian balas, tetapi badan masih membelakangkan gerangan itu.

"Aw, too bad. I thought I could beat her and seduce you," balas manusia itu lagi.

"Still no, I'm already under her spell. Her love spell," ujar Ian sinis. Dia berpusing menghadap sepenuhnya susuk tubuh yang berbual dengannya dari tadi.

"Pity you, you're already under her knees." Gerangan itu menghampirinya selangkah demi selangkah.

"Stop playing around Malaiqa and just hug me. Your hug would make me feel okay and energetic." Ian mendepakan tangannya dengan senyum yang mengada.

Alessandra tergelak kecil. Alahai, sengaja dia ingin mengusik suaminya itu. Maklumlah, lelaki itu nampak stres dan gementar. Dia melajukan hayunan kaki untuk mendakap tubuh Ian.

Pelukan mereka bersatu. Lantaklah badan Ian melekit sekalipun, asalkan mereka dapat memeluk satu sama lain.

Ian menghidu sepuasnya haruman rambut Alessandra. Meskipun orang lain rasa itu cuma bau yang biasa, namun bagi Ian, bau badan isterinya adalah satu bau yang menenangkan.

"Are you nervous?" soal Alessandra apabila tiada tanda-tanda Ian ingin melepaskan tautan mereka.

"Hm."

"From rate 1-10, how nervous are you?" Pelukan mereka terlepas. Tangan Alessandra melingkar di leher Ian.

"1?" Ian jawab.

"Only 1?" Kening Alessandra bertaut rapat.

"Yeah. Because 9 out of 10 are already filled by my love towards you." Ian mengenyit mata nakal.

"Euw, playboy. Fokus, fokus. Jangan main-main lagi." Alessandra menepuk-nepuk bahu Ian tanda memberi semangat.

"I got the prettiest girl in the world, do you know how hard it is to focus?" Ian bermanis mulut ibarat dia menanam tebu di tepi bibir.

"Ergh, stop it Ian. By the way, I ada dua perkara nak beritahu you." Mata bundar Alessandra terkuak sedikit cukup menjelaskan yang dia teruja. 

"What is it?" Ian siap untuk pasang telinga.

"First, I tak tahu apa yang you akan rasa lepas dengar berita ini tapi tadi I ada tengok akhbar. Tengku Qasarina tuntut fasakh terhadap Tengku Dilan," beritahu Alessandra dengan wajah yang mendung. Dia bukan apa, dia jadi simpati pula dengan keadaan Qasarina yang masih belum pulih daripada keguguran, kali ini kena hadap kes penceraian pula.

Ian mengangguk perlahan. Dia sudah lama tahu daripada Ku Kaf tentang hal ini.

"Dan lagi satu! I ada surprise untuk you sebelum you start berlawan," beritahu Alessandra teruja.

"Surprise apa wifey? Kau datang ini pun dah dikira satu kejutan untuk aku." Mata Ian berpapasan dengan mata Alessandra. Sudahlah wanita itu comel dengan baju jersey yang dicuri daripada Ian dan cap berwarna hitam.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now