Tengku Seducer: 36

5K 522 34
                                    

"Sandra. Ian masuk hospital. Allergic reaction."

Tangkai jantung Alessandra bagaikan direntap kasar apabila menerima panggilan telefon daripada Hazim tadi. Dia menyarung apa sahaja pakaian yang sesuai untuknya pergi ke hospital terdekat. Nasib baiklah masih ada kereta Swift yang elok tersadai di halaman rumah.

Sesampai sahaja dia di hospital, dia langsung bertanyakan jururawat di situ di mana wad milik Ian. Lantaklah dia berpeluh-peluh sekalipun asalkan dia dapat jumpa Ian secepat mungkin.

Kata jururawat yang bertugas, Ian ditempatkan di wad AB. Dengan langkah yang laju, dia mencari bilik suaminya.

Bang!

Bunyi pintu dihempas kuat menarik perhatian Ian.

"Wifey." Ian tersenyum kelat apabila pandangannya disajikan dengan tubuh Alessandra di ambang pintu.  Dia mendepangkan tangan untuk mengalu-alukan Alessandra ke dalam pelukannya.

"Ian!" Alessandra tersebik-sebik. Tunggu masa sahaja untuk dia meraung. Dia pantas mengecilkan diri ke dalam pelukan Ian.

"Kenapa ni? Janganlah nangis sayang aku." Ian memujuk isterinya lembut. Sesekali sisi kepala Alessandra dicium.

"Tsk.. tsk.. I baru tinggalkan you sekejap, you dah masuk hospital."

Ian mengemam bibir menahan tawa yang ingin meloncat keluar. Sebenarnya, dia tahu sahaja Alessandra akan kemari. Semua atas jasa kalung GPS yang masih elok menggelung leher isterinya.

"You okay ke? Ada sakit dekat mana-mana lagi? Doktor cakap apa? Doktor ada bagi ubat tak?" Bertalu-talu soalan Alessandra tanda dia betul-betul khuatir dengan keadaan suaminya.

Akhirnya, tak dapat ditahan lagi tawa Ian. Dia tergelak bukan kerana apa, tapi kerana tingkah Alessandra sangat comel di matanya sekarang ini.

"Kenapa you gelak?" Dengan mata yang berlinang, dia bertanya.

"Mata sembap, hidung merah, bibir tercebik keluar. Kau comel sangat tahu tak? Aku geramlah wifey," ujar Ian. Dia geselkan hidung mereka.

"Pleaselah Ian, cakap betul-betul dengan I. You okay ke tak? Ada apa-apa side effects ke?" Alessandra mengongoi dalam dakapan Ian.

"Hey, hey. Don't cry, beautiful. I'm okay. Tengok? Aku boleh bergurau senda lagi dengan kau ini kan?" Kepalanya disengetkan dengan senyuman yang mampu meruntuhkan dinding-dinding konkrit di dalam hati Alessandra.

"I dah cakap dah jangan makan sotong tu walaupun umi suruh! You degil!" Berkali-kali dia mendebik dada bidang Ian.

Ian menggenggam tangan isterinya. "Kau risaukan aku?"

Laju Alessandra mengangguk sehingga menitis satu air matanya.

"Kenapa kau risaukan aku?" Sengaja Ian bertanya sementalah tangannya sibuk bermain dengan sanggul Alessandra yang diikat kemas.

"Sebab you suami I." Halus suara Alessandra melontarkan jawapan. Kalaulah Ian tahu betapa kalutnya dia waktu nak keluar rumah tadi, mesti lelaki itu gelak terbahak-bahak.

"Oh, sebab itu aje? Lagi?"

"Sebab I ada you sorang je untuk dirisaukan," jawab Alessandra lagi.

"Eh tapi kan, mana ada orang risaukan orang yang dia tak sayang," seloroh Ian. Keningnya dijongket nakal.

"Sebab I sayanglah I risau."

Ian pincingkan mata memandang wajah nakal Alessandra.

"Are you trying to toy with my feelings, madam?"

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now