Tengku Seducer: 31

6K 449 15
                                    

HARI MINGGU dihabiskan dengan luangkan waktu bersama. Ian dan Alessandra kedua-duanya dengan muka terpaksa, perlu turun ke bawah sarapan bersama dua insan yang sudah lama mereka elak untuk bersua. Siapa lagi kalau bukan Tengku Dilan dan Tengku Qasarina?

Ian menyenggol siku Alessandra di sebelah. "Cepat makan wifey, aku tak tahan duduk sini lama-lama."

Sesekali apabila mata Alessandra bertembung dengan Ku Kaf, Dilan dan Qas, dia pura-pura tersenyum.

"You boleh tak cakap itu perlahan-lahan? Kalau diorang dengar macam mana?" Terkumat-kamit bibirnya berbisik.

"Diorang takkan dengar. Diorang kan pekak, tuli, buta. Samalah macam sebelum ini, mana pernah diorang peka dengan perasaan aku," perli Ian. Kalau boleh announce pakai mikrofon, sudah lama dia buat.

Terhenti pergerakan Dilan yang baru mahu menyuap satu sudu nasi ke dalam mulutnya. Ah, Ian memang sengaja nak perli dia.

"Ian, Sandra. Ada apa bisik-bisik ini? Ayahanda nak tahu jugak," sampuk Ku Kaf. Dari tadi dia perhatikan anak dan menantunya duk berbisik antara satu sama lain.

"Tak ada apa, ayahanda. Ian ini ha, teringin sangat nak makan 'penampar' di pagi hari. Eh, silap-silap. Maksud Sandra, pavlova." Alessandra maniskan muka.

Ian di sebelah? Cemberutlah apa lagi.

"Ian, kenapa tiba-tiba teringin nak makan pavlova?"

Dia balas dengan jongketan bahu.

"Jangan-jangan.. Sandra dah ada isi tak?" Duga Ku Kaf dengan senyuman penuh makna.

"Uhuk! Uhuk!" Terbatuk-batuk dibuatnya Alessandra mendengar tekaan yang diutarakan oleh Ku Kaf. Dia? Mengandung? Lambert lagi.

Ian pantas mencapai segelas air dah dihulurkan ke arah isterinya. "Haih wifey, tahulah terkejut tapi janganlah sampai tercekik macam ini. Aku risau tahu tak?"

Dengan laju Alessandra menyambut huluran Ian. Terasa perit tekaknya.

"Betul ke?" tanya Dilan selari matanya tepat mencari jawapan melalui mata Alessandra.

Ian menopangkan lengannya di belakang kerusi Alessandra. "Nak tahu, tanya suami dia sini."

"Aku tanya betul ke?" Kali ini, Dilan berani bertentang mata dengan Ian.

"Kau tak dengar suara baby menangis dalam perut isteri aku ini?" cabar Ian.

"Dilan, Ian. Enough. Kalau nak bergaduh, jangan depan makanan. Rezeki ini kan," tegah Ku Kaf dengan gelengan kepala. Apa nak jadi dengan anak-anak bujangnya ini? Rasanya, dulu kemain rapat lagi bagai isi dengan kuku. Sekarang?

"Ayahanda, Ian dengan Malaiqa nak keluar dululah. Penat hadap muka dia ini," pinta Ian. Dia bangkit tanpa menunggu kebenaran Ku Kaf.

Terkulat-kulat Alessandra ingin mengikut langkah suaminya. Amboi, tinggalkan dia macam itu aje?

Sampai sahaja di luar pintu bilik beradu mereka, Alessandra menarik tangan Ian membuatkan lelaki itu toleh ke arahnya.

"You nak keluar? Tak cakap dengan I pun?" semburnya.

"Aku tak boleh duduk rumah ini lama-lama, jadi aku nak keluar," balas Ian. Dia merehatkan tangannya di atas bahu Alessandra. Kalau boleh kepit bawah ketiak, sudah lama dia kepit.

"Keluar pergi mana?" Dia mendongak untuk mencari wajah Ian.

"Adalah. Kau tak boleh tahu," ujar Ian. Sebenarnya, sengaja dia ingin mengusik Alessandra. Pastilah kemana-mana dia pergi dia akan bawa isterinya itu.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now