Tengku Seducer: 23

6.3K 479 32
                                    

Balik sahaja dari agensi, Alessandra mengatur langkah ke arah bilik. Belum sempat dia melangkah, tangannya ditarik seseorang.

"Sandra, laju-laju nak pergi mana?" Dilan menegur.

Alessandra menjulingkan bebola mata ke atas. "I nak tengok suami I, rindu. Kenapa?"

"Oh, Ian itu tak lari mana pun Sandra. Janganlah kalut. Dah berpeluh dah dahi ini." Tangan Dilan naik ingin mengelap peluh yang menitik di dahi Alessandra namun wanita itu pantas menepis.

"Don't touch me. Please have some respect. I ini ipar you, bukannya isteri you." Alessandra berundur setapak ke belakang.

"Kita ipar, tak bermakna kita tak boleh rapat kan? Atau Ian suruh you jauhkan diri daripada I?" Riak wajah Dilan tak berpuas hati.

"Kalau ya kenapa? Bagus jugaklah kan, dia nak I berjaga-jaga dengan lelaki miang dan tak sedar diri macam you ini," sindir Alessandra.

"What do you mean?"

"Buat-buat tanya pula. You know what, baru sekarang I rasa nak berterima kasih pada you," ujar Alessandra dengan senyuman yang sengaja dimaniskan.

Barulah Dilan tersenyum. "Terima kasih untuk apa itu?"

"Terima kasih sebab hantar Ian untuk wakilkan you pergi blind date dengan I. Kalau tak, I tak akan kenal lelaki sebaik Ian. Dahlah baik, handsome, manja. Kalau manja itukan hari-hari mintak-"

"Enough, Sandra." Dilan mendengus kasar. Dia tidak sanggup mendengarnya lagi. Dia tahu bagaimana manjanya Ian.

Alessandra menekup mulutnya tanda terkejut. "Kenapa? Y-you tak pernah buat semua itu dengan Qas ke? Kesiannya. Jap, jap. Cakap pasal Qas, mana dia?"

"Qas keluar kejap."

"Sorang? Isteri you itu kan mengandung, kenapa tak temankan dia?" Alessandra berpeluk tubuh. Geram betullah dengan Dilan ini.

"Dia yang nak pergi sendiri," jawab Dilan sambil lewa.

"You memang tak pernah berubah kan?"

Dilan menjungkitkan keningnya tanda dia tidak faham.

"See? Ini lagi satu perbezaan you dengan Ian. You selalu ambil mudah semua benda pasal isteri you. Sebab itu you akan sentiasa kalah dengan dia, Dilan. Suami I sentiasa utamakan I dalam setiap hal. How about you?" Sinis Alessandra membandingkan mereka berdua. Dia tahu itu titik kelemahan lelaki ini.

Dilan mengepalkan penumbuknya.

"Marah? Macam itulah marahnya I bila you sanggup khianat suami I semata-mata nak nampak yang you itu bagus. You know what? I malas nak cakap lebih. Dah besar, pandai-pandai fikir," ujar Alessandra selari kakinya meniti satu per satu anak tangga.

Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah. Dia toleh sekilas ke arah Dilan yang masih memandangnya.

"One more thing, Dilan. I tak sebaik Ian, so don't mess with me. I ada pengalaman buat hidup orang ranap seranapnya dalam satu hari," pesan Alessandra sebagai amaran. 

•••

Hati mendongkol geram dengan perbuatan Dilan tadi. Kau tunggulah nasib kau nanti kalau terus menggatal macam ini.

Pintu biliknya dibuka. Terpampang tubuh Ian berbaring di atas katil. Lelaki itu nampak lena.

"Awal you balik hari ini? Tak banyak kerja ke?" tanya Alessandra prihatin.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now