Tengku Seducer: 30

6.5K 464 29
                                    

"Pa, makan ubat dulu." Puan Callista menegur suaminya yang lagi enak berbaring.

"Thank you ma." Aaron hadiahkan satu senyuman.

Segugus ubat diletakkan di atas dulang. Satu per satu ubat disuakan ke dalam mulut Aaron. Inilah rutin Callista sejak Aaron menanggung sakit.

"I dah lali dah dengan ubat ini semua," ujar Aaron.

"Mana boleh lali, pa kena sembuh untuk anak kita. I nak kita berdua tengok sendiri cucu kita nanti." Seperti biasa, Puan Callista memberikan semangat kepada suaminya.

"Apa khabar anak kita Sandra? Ian jaga dia elok?"

"Callista baru call dia semalam. Bahagia I tengok anak kita itu pa. Ian itu bising dekat belakang duk suruh Sandra itu baring sebelah dia," beritahu Callista dengan tawa. Terhibur dia semalam mendengar telatah suami isteri.

Aaron tergelak kecil. "Macam-macam anak muda sekarang."

"Lepas makan ubat ini, pa baring dan rehat. Nanti Callista masuk balik," arah puan Callista. Masih banyak lagi kerja rumah yang dia belum buat.

"Thank you again ma. Tak sia-sia I pilih you untuk mendampingi hidup I," ucap Aaron ikhlas. Teringat lagi dulu dia yang jual mahal dengan Callista, tahu-tahu dia juga yang tersungkur.

"Itulah. Kalau you pilih Mais—" Callista mengemam bibirnya. Dia terlepas cakap.

"It's okay. Benda dah berlalu. I yakin dengan pilihan I," ujaran Aaron mampu menggugurkan rasa serba salah yang menghurung diri Callista.

"Cakap pasal Maisarah.. apa kata Ku Kafrael masa you jumpa dia haritu? I mean, masa akad nikah anak-anak kita? Dia ada marah you?" Callista membetulkan kedudukannya. Sudah lama dia mahu bertanya, kali ini baru ada kesempatan.

Aaron menggeleng. "Ku Kaf itu baik, ma. You sendiri tahu dari dulu dia itu macam mana. Dia tak pernah salahkan I, dia tak pernah salahkan Maisarah. Dia salahkan diri dia sendiri."

Callista mengeluh. "Kenapalah Maisarah sia-siakan lelaki sebaik Ku Kafrael itu? Tak apa ke kalau anak-anak kita tak tahu ini pa? Macam mana kalau Ian itu tak boleh terima yang disebabkan kita semualah, Maisarah itu sanggup buang dia?"

"Tak. I yakin, budak sebaik Ian itu tak akan letakkan kesalahan pada sesiapa. Lagipun, dia dah bahagia dengan Sandra. Sebelum ini, dia merata cari rumah untuk berteduh, tapi kali ini dia ada kita, dia ada Sandra untuk tumpang kasih." Aaron mengusap lembut pipi putih isterinya.

"Kalau macam itu, baguslah. I taknak ada apa-apa perkara yang menghalang kebahagiaan mereka berdua." Callista menyungging senyum.

"InshaAllah."

•••

Hari ke hari, bulan ke bulan mereka menjalani hidup sebagai sepasang suami isteri yang bahagia.

Seperti biasa, hari ini Alessandra dihantar ke tempat kerja oleh Ian. Helmet di kepala ditanggalkan dan diserahkan kepada Ian.

"Aik? Bagi helmet je dekat aku?"

"Habis itu?"

"Aku taknak helmet. Aku nak kau."

Alessandra menggulingkan bebola mata ke arah langit. Mula dah itu, mula.

"Salamlah. I nak kena masuk awal ini." Alessandra terus menyambar tangan Ian dan menyalamnya.

"Yang, tengok ini, pipi aku masih kosong tanpa kesan lipstik kau." Dia suakan pipinya. Apa lagi yang dia nak selain ciuman kasih sayang seorang isteri?

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now