Tengku Seducer: 28

6.3K 501 31
                                    

Pagi itu sepasang pengantin keluar awal dari biasa. Bak kata Alessandra, kalau nak tengok haiwan-haiwan mestilah tengok pada waktu pagi. Biasanya haiwan itu semua masih aktif.

Sesampai sahaja di hadapan pintu utama Zoo, mata Ian mengecil menahan panas terik matahari. Baru pukul 10 tapi matahari sudah terpacak di atas kepala.

"You, tunduk sikit." Alessandra memberikan arahan setelah lama mereka berdiri di bawah panas.

"Kenapa?" Dalam tanda tanya pun, dia tetap turunkan kepala sesuai dengan kemahuan Alessandra. Pasti kerana wanita itu pendek daripadanya jadi susah untuk bercakap.

Alessandra mengeluarkan topi hitam di dalam begnya. Lalu, dia sarungkan ke atas kepala suami yang menunggu masa untuk terbakar.

Hampir separuh mata Ian tertutup dek topi yang diberi oleh Alessandra.

"Apa ini wifey baby?" Ruas dahi Ian berkerut seribu.

"Topi. I tahu you akan panas, jadi I bawa lebih. Tengok ini. Topi kita matching." Jari Alessandra menunding ke atas kepalanya.

Ian tahu isterinya dari rumah sudah sedia memakai topi berwarna putih tapi dia tidak sangka pula ada topi berwarna hitam untuknya.

"Comelnya kau ini. Ini ke salah satu cara kau nak claim yang aku ini hak kau?" Sengaja Ian memancing emosi Alessandra. Halah, sudah suka tapi tidak mahu mengaku.

"Tak adalah, nanti kalau I tak bagi you akan kepanasan," nafi Alessandra.

Sedang ralit Alessandra melilau memerhati pengunjung yang lain, tiba-tiba matanya tertangkap seorang individu berpakaian serba hitam elok merenung ke arah mereka. Lebih tepat, ke arah dirinya. Sangat lama. Sesekali insan itu tersenyum sumbing. Mata itu...

"Hey, wifey baby. Aku cakap dengan kau ini. Mengelamun sampai ke mana dah ini?" sapa Ian. Puas dia bercakap dari tadi, rupa-rupanya dia syok sendiri. Matanya mengikut arah mata Alessandra. Kosong.

Alessandra tersentak. Entah bagaimana, sekelip mata sahaja sosok tadi menghilang. Dia merangkul lengan Ian dengan rasa ketakutan yang sukar digambarkan.

Ian mengelus pipi isterinya yang kemerahan. "Malaiqa, talk to me please. Kenapa kau macam takut-takut ini?"

"I- I rasa I nampak orang yang serang I itu," adu Alessandra. Buat apa dia mahu sembunyikan dari Ian? Sebagai seorang suami, Ian berhak tahu. 

Automatik kepala Ian lincah bergerak kiri dan kanan mencari kelibat yang diperkatakan Alessandra. Namun, hampa. Semua orang kelihatan normal.

"I takut Ian." Alessandra menggenggam kuat lengan Ian.

"Okay, listen Malaiqa. I'm right here by your side. Sekali pun aku janji kau tak akan hilang dari pandangan aku. Jadi kau tak perlu takut. Aku ada sayang." Ian memujuk Alessandra. Dia berharap dengan cara ini dia dapat menyalurkan kekuatan kepada isterinya.

Alessandra merenung dalam tatapan Ian. Tak tahu bagaimana dan caranya, tetapi lelaki itu serba sedikit mampu menenangkan dirinya. Dia ada kepercayaan yang tinggi terhadap Ian.

"Janji you jangan tinggalkan I?"

"Tak akan pernah. Aku janji." Ian mengangkat tangannya tinggi seakan-akan dia bersumpah.

Matanya mula melorot jatuh ke arah rantai Alessandra. GPS itu masih berfungsi dengan baik. Selagi Alessandra memakai rantai itu, semuanya akan berada dalam keadaan yang terkawal.

"Jom, kita masuk? Aku bawa kau ke sini untuk have fun bukan untuk have scare," gurau Ian.

"Mana ada istilah have scare!" Alessandra menampar dada Ian. Main petik aje istilah itu.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now