Tengku Seducer: 38

4.9K 456 10
                                    

KU KAF menayangkan secalit senyuman sewaktu dia bertembung dengan susuk tubuh menantunya. Sebenarnya, dari awal pagi tadi dia berteleku di hadapan bilik mereka berdua kerana khuatir dengan keadaan Ian. Khabar Alessandra, anak lelakinya itu menggigil kesejukan semalam.

"Ayahanda dah lama berdiri sini?" tegur Alessandra. Jantungnya yang nyaris melompat keluar terserempak dengan tubuh Ku Kaf di hadapan kamar ditahan sejenak.

"Er.." Ku Kaf menggosok belakang tengkuknya. Malu pula apabila dia kantoi busuk sebegini. Dia bukannya apa, dia cuma risau.

"Ayahanda nak tengok Ian ke? Kalau nak tengok sekarang tak boleh sebab Ian tengah mandi dekat dalam," beritahu Alessandra tanpa menunggu jawapan lelaki berumur itu.

"Ian macam mana Sandra? Dah semakin baik?" Tanpa berselindung lagi, Ku Kaf meluahkan kerisauan yang mencengkam dirinya.

"Macam itulah ayahanda. Alhamdulillah, semalam tak panas mana suhu dia, jadi pagi ini dah surut." Alessandra senyum tipis. Lagipun dia sudah dapat menjangka perkara ini akan berlaku. Kebiasaannya kalau Ian tertekan dengan situasi, pasti demam akan menjengah tubuh suaminya.

"Baguslah. Sandra, nanti kalau Ian dah habis mandi boleh suruh dia ke bilik pejabat ayahanda?" pinta Ku Kaf. Dokumen yang perlu dia selesaikan semalam, hari ini sudah tersusun rapi. Cuma menunggu detik untuk Ian melihat kebenaran yang tertulis dengan sendiri.

"Sure. Nanti Sandra sampaikan," ujar Alessandra dengan senyuman yang tercarik lebar. Pintu biliknya yang terbuka sedikit dijenguk. Masih kedengaran bunyi titisan pancuran air di dalam bilik. Ini bermakna, Ian masih membersihkan diri.

•••

IAN keluar dari bilik air hanya bertuala separas pinggang dengan rambut yang basah berjuraian mencecah dahinya. Sebelah tangan ligat mengelap belakang rambut yang basah. Kalau dia biarkan sahaja rambutnya itu basah, pasti nanti telinganya juga akan menjadi mangsa bebelan isteri tercantik di dunia.

Matanya meligas mencari kelibat Alessandra. Haih, mana sayang dia ini?

Beberapa minit kemudian, pintu terkuak dari luar. Terpacullah wajah manis Alessandra beserta semangkuk bubur di atas dulang.

"Hye, beautiful wifey baby," sapa Ian dengan senyuman yang melebar.

"You dah habis mandi dah?" tegur Alessandra sembari kakinya menghala ke arah meja kecil yang ditempatkan di sebelah almari solek.

"Dah, wifey. Kau pergi mana? Risau aku tak nampak muka kau bila aku keluar bilik air tadi," ujar Ian dengan mulutnya dicebikkan ke hadapan.

"I tak pergi mana pun, I cuma turun nak siapkan breakfast you. I dah masakkan bubur you makan okey?" arah Alessandra.

"Thank you wifey baby. Rasa-rasa, kalau aku mintak suap kau bagi tak?" Ian tersengih kambing.

Alessandra mencebik. "Kalau I taknak pun, nanti you akan guna cara lain. Merajuklah apalah."

Pinggang Alessandra ditarik menyebabkan wanita itu terdorong ke arahnya. Kedua-dua tangan Alessandra selamat melekap pada dada bidang Ian yang masih tidak bertutup apa-apa.

"Mengutuk suami itu dosa besar tau." Ian pincingkan mata merenung wajah isterinya.

"Menggunakan agama untuk kepentingan sendiri itu lagi dosa besar," perli Alessandra.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now