Tengku Seducer: 25

6.2K 482 30
                                    

TIBALAH hari Alessandra akan memperagakan koleksi baju Madam Laia. Bilik persalinan yang penuh dengan orang ramai membuatkannya terasa sesak. Sudahlah payah ingin menukar baju di sini.

Ian yang dari tadi memerhati gelagat Alessandra mengeluh perlahan. Inilah salah satu punca dia berat hati ingin memberikan keizinan kepada wanita itu untuk menjadi model.

"Fahrel, tolong aku. Cari mana-mana bilik kosong untuk isteri aku tukar pakaian," arah Ian kepada Fahrel yang setia berdiri di sebelahnya. Sentiasa berjaga-jaga.

"Bilik kosong? Untuk apa?" tanya Fahrel.

"Kau ada nampak Sandra itu selesa nak tukar baju dia dekat sini? Semua dalam ini dah macam ikan sardin. Bini aku itu ikan emas, kena jaga elok-elok. Pergi cari bilik," terang Ian tegas.

Sejujurnya, pada mula dia memang tak berkenan dengan Fahrel tetapi lelaki itu memang cekap menjalankan tugas sebagai bodyguard Alessandra. Kurang sikit kerisauan yang mencengkam dirinya.

"Baik." Fahrel akur.

Ian bersandar di tepi pintu menanti Alessandra yang masih terkial-kial. Sudahlah tiada seorang pun yang menolong isterinya itu.

Tiba-tiba ada seseorang yang berbadan tegap melanggar bahunya yang baru ingin melangkah ke arah Alessandra.

"Sorry," ucap lelaki itu perlahan. Di tangan lelaki itu ada memegang pelbagai kanvas lukisan dan cat warna. Mungkin ini pelukis yang dijemput hari ini.

"Tak apa," ujar Ian tak lama kemudian.

Dia terus menghayunkan kaki ke arah Alessandra meninggalkan jejak lelaki tadi.

"Malaiqa, tunggu sekejap. Aku suruh Fahrel carikan bilik kosong untuk kau," beritahu Ian.

"Bilik kosong? Untuk I ke?" tanya Alessandra hairan. Baju yang akan diperagakan nanti masih berada dalam genggamannya.

"Yelah, untuk kau. Bilik ini tak sesuai untuk perempuan tukar baju. Ramai lelaki yang tengok." Mata Ian menjeling tajam beberapa model lelaki sembari tangannya memegang baju-baju Alessandra. Alahai, kasihan isteri.

"Sandra, saya dah carikan bilik. Jomlah," sapa Fahrel dengan tercungap-cungap.

"Aku suruh kau cari bilik kosong bukan buat bilik sampai kau letih macam ini," sindir Ian.

Fahrel menggosok tengkuknya. Dia sendiri tak tahu mengapa dia cepat penat.

"Thanks Fahrel. You're the kindest bodyguard ever," puji Alessandra ikhlas.

"Yang. Ini tak adil ini yang. Aku yang suruh dia carikan bilik untuk kau tapi dia dapat nama?" selar Ian.

"You suruh pakai mulut je, tapi dia pakai seluruh organ dia. Kan Fahrel?" Wajah kepenatan Fahrel dikerling sekilas sebelum dia mula mengorak langkah ke arah bilik yang diperkatakan lelaki itu.

Ian cemberut sendiri.

•••

IAN hanya berdiri di tepi menonton setiap sesi peragaan baju Alessandra. Sudahlah baju isterinya itu semua tak cukup kain. Memang teruk fesyen zaman sekarang. Makin lama dia tonton, makin membengkak hati memikirkan lelaki lain seronok melihat tubuh isterinya, namun sedaya-upaya dia cuba kawal. Dia tidak mahu menjadi punca rosaknya impian Alessandra.

Fahrel yang dari tadi berdiri di sebelah dijeling.

"Ehem. Kau kerja untuk Sandra berapa lama?" Ian cuba berborak dengan Fahrel di sebelah. Lelaki itu tampak dingin dengan seluruh baju hitam.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now