Tengku Seducer: 40

5K 381 10
                                    

LORONG sunyi itu dilalui olehnya tanpa syak wasangka. Apalah yang ingin dikhuatirkan sangat memandangkan setiap kali balik kerja dia memang akan lalu lorong ini. Keadaan sunyi sepi tanpa sebarang suara kecuali suara cengkerik meminta perhatian.

Telefon di dalam tas diambil dan skrin mula menyala. Terpampanglah potret gambarnya bersama sang kekasih tatkala mereka menikmati momen indah bersama. Kekurangan pada wajah lelaki itu sedikitpun tidak mampu melunturkan kasih sayangnya yang membuak-buak hari demi hari.

Dia tersenyum penuh gembira.

Senyuman itu tak dapat bertahan lama apabila dia mula rasa sangsi dengan bunyi derapan tapak kaki di belakang yang bergesel dengan jalan tar. Seakan-akan ada orang asing yang mengekori langkahnya. Kepalanya ditoleh sepintas lalu. Matanya melingas mencari jikalau ada kelibat manusia. Tiada.

Dia jongket bahu. Mungkin perasaannya sahaja. Perjalanan diteruskan sambil mata sibuk melayari internet. Aneh, kekasihnya itu tidak pula menghubunginya hari ini. Sibukkah? Mentang-mentanglah sudah naik pangkat masuk ke syarikat baru.

Kontak kekasihnya dicari dan butang hijau ditekan. Beberapa deringan telefon, lelaki itu mengangkat panggilannya.

"Fa.." Belum sempat dia bercakap, mulutnya ditekup oleh sesuatu membuatkan pandangannya mula kabur dan telefon di tangan terlepas jatuh menyembah tanah.

"Shh. Tidurlah sayang."

Dunianya gelap-gelita.

•••

Wajah gadis polos yang berjaya mencuri perhatiannya beberapa minggu ini direnung sedalam lautan antartika. Dia duduk mencangkung dengan siulan senang. Gadis ini berada dalam pemerhatiannya kerana mempunyai rupa paras yang cantik, rambut ikal mayang, apatah lagi mata yang bersinar apabila gembira tentang sesuatu perkara. Persis Alessandra.

Senyumannya mati serta-merta apabila mindanya menyebut nama wanita itu tanpa sedar.

Air paip di dalam jug dicapai sebelum..

Splash!

Air itu disimbah ke seluruh wajah wanita di hadapannya ini.

Desah nafas wanita itu menjadi tidak teratur. Kelopak matanya terbuka luas. Disebabkan terkejut, dia mengengsot ke belakang sehingga tubuhnya merapat ke dinding, cuba untuk lari daripada lelaki sasa yang mencangkung di hadapannya ini.

"Dah bangun sayang?"

Tercungap-cungap mangsanya itu cuba mencari nafas.

"Kenapa? Kau takut? Aku ada buat apa-apa yang tak baik pada kau ke?" Halus, tapi berbisa nada suara lelaki di hadapannya ini.

Hampir terbeliak kedua biji mata gadis itu apabila dia seakan-akan cam gerangan yang menculiknya ini. Ya Tuhan.. bukankah dia..

"Fahrel?"

Dengar sahaja sebaris nama itu, wajah lelaki tadi yang bereaksi gembira merundum jatuh tanpa secalit sinar.

"Perempuan bodoh."

Pang!

Satu tamparan tepat singgah pada pipi mulus gadis itu.

"Kau tak cam aku?" Lelaki itu ketawa sinis. Galak sehingga bergema seluruh ruangan kosong ini.

Gadis itu terkelu.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now