Tengku Seducer: 33

5.7K 498 34
                                    

"MIGHDAD."

"Ian."

Mereka berpelukan menghantar seluruh rasa melalui tubuh masing-masing. Sememangnya, Ian pandai menyorokkan perasaan sedihnya setiap kali dia perlu berpisah dengan Mighdad. Negara telah merampas kawannya daripada dia.

"Goodluck dengan misi baru. Jangan lupa aku," pesan Ian.

"Semestinya. Kita kawan dari kecik, mustahil untuk aku lupakan kau. Bangun tidur ingat kau, mandi ingat kau, kerja pun ingat kau–"

"Dah, cukup. Jangan nak menambahkan perencah geli dalam hati aku ini," tegah Ian.

"Oh, dah cukup eh?" Mighdad terlepas tawa.

"Kau dengan umi kau macam mana sekarang? Kau masih tak boleh nak maafkan dia?" soal Mighdad tanpa aba-aba.

Geleng.

"Kenapa? Kau masih berdendam?" Teka Mighdad.

"Tak jugak. Dia tetap umi aku walau sepahit mana pun hati aku nak terima. Wanita yang dah lahirkan aku walaupun tanpa kerelaan dia. Cuma, aku rasa aku manusia yang lemah dan mudah diinjak kalau aku maafkan dia macam itu aje," jelas Ian dengan wajah yang redup. Beberapa hari ini, kerap juga Maisarah datang melawatnya, namun seperti biasa dia akan serahkan kepada pengawal keselamatan untuk mengusir wanita itu.

"Itu yang kau salah sebenarnya Ian. Orang yang memaafkan tak pernah rugi. Mungkin kau nampak kau rugi dekat dunia, tapi percayalah di sisi Tuhan kedudukan orang yang bersabar dan sentiasa memaafkan ini tinggi. Idola kita sebagai umat Islam siapa? Nabi Muhammad SAW."

"Kau tengok baginda ketika dicerca dan dimaki, tak pernah sekalipun baginda berdendam. Memang kau bukan Nabi, tapi sekurang-kurangnya kita ada contoh untuk jadi manusia yang lebih baik. Kan?" pujuk Mighdad. Meskipun dia turut tak gemar dengan perilaku Maisarah, tetapi dia mahu Ian mencapai satu titik ketenangan yang hanya boleh digapai ketika memaafkan.

"InshaAllah, aku cuba. Hari-hari aku cuba. Dah macam pak ustaz eh kau ini?" sakat Ian.

Mighdad terletus tawa. Kurang asam punya sahabat!

"Kau dah habis ceramah aku kan? Kali ini, aku nak tanya kau pulak. Mighdad Askan," panggil Ian dengan nada yang berbaur agenda. Dia sudah lama menunggu masa untuk pulangkan paku buah keras kepada Mighdad.

"Ya, Ian Hayf? Eh, silap. Ya, 'Tengku' Ian Hayf?" Dia merangkul bahu temannya. Biasanya pasti ada perkara yang ingin diperkatakan Ian jikalau nama penuhnya disebut.

"Aku ada dengar daripada isteri aku hari itu. Kenapa kau tipu Dahlia kata yang kau ada girlfriend? Being friends with her, getting comfortable with each other but in the end you pushed her away?" Terluah juga persoalan yang berlegar di minda Ian selama beberapa hari ini. Bukan niatnya ingin mengatur kehidupan Mighdad, cuma dia juga ingin melihat kawannya bahagia.

Berubah riak Mighdad mendengar soalan Ian. Dia.. sendiri tidak tahu.

"Niat aku cuma nak berkawan. Tapi, rupanya aku silap sebab tanpa sengaja aku terbuka ruang untuk dia berharap pada aku," balas Mighdad perlahan.

"Kenapa kau rasa berkawan dengan dia sebagai satu kesilapan kalau hati kau rasa bahagia?"

"Ian. Macam mana kau hadap perasaan takut ditinggalkan oleh orang lain disebabkan umi kau, macam itulah aku kena hadap perasaan takut aku ditinggalkan oleh perempuan yang aku sayang disebabkan pekerjaan aku," ujar Mighdad. Dia merenung sepasang mata Ian mengharapkan Ian boleh menerima mesejnya.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Where stories live. Discover now