Bab 9

153K 4.5K 527
                                    

Zara bermundar-mandir di ruang tamu. Adriana masih belum pulang kerana overtime katanya. Rancangannya untuk menyakitkan hati Arissa tidak berhasil!

Sebenarnya, dia lah yang mengupah mak cik-mak cik tadi. Dia bersembunyi di belakang tembok. Rayyan kelihatan sungguh marah. Seperti dia dimarahi oleh Rayyan.

"Apa yang istimewa sangat dengan betina bajet alim tu?! Aku ni tak cukup menggodakan Rayyan ke?! Tak nampak ke bentuk tubuh aku ni?!" bebel Zara seorang diri. Dia menghempaskan punggungnya.

"And one more thing, dia panggil betina tu sayang?!" Zara mengusutkan rambutnya. Lagaknya seperti orang gila. Dia mengambil kusyen di sebelahnya dan menumbuk-numbuk.

"Gosh! Are you crazy Zara?!" soal Adriana dalam nada tinggi. Diperhatikan Zara yang macam orang gila. Rambut kusut masai, pandangan maut. Everything go in mess! Tiba-tiba Zara berlutut ke arah Adriana yang baru duduk. Adriana terkejut.

"Tolong aku Rian. Rancangan kita hari tu tak berhasil. Pastu..pastu.. Aku takut kalau mak cik tu buka mulut. Kita boleh masuk penjara Rian! Penjara! Aku tak nak.. Aku.. Aku tak nak!" rayu Zara dalam sedu sedan. Matanya dah merah. Air mata turun. Sama ada air mata ketakutan ataupun air mata kebencian.

"Relax Zara. Calm down. Kita fikir lagi. Tapi, not now. Aku nak rest sekejap. Nanti kita bincang okay?" pujuk Adriana sambil mengusap belakang Zara. Zara mengangguk laju. Walaupun Adriana tidak bersetuju dengan rancangan gila Zara, tetapi mereka masih sahabat. Zara ada semasa Adriana susah. Takkan mahu lepas tangan pula?

~

"Kau ni tak rimas ke pakai macam ni?" soal Rayyan. Jarinya digerakkan dari atas sampai bawah. Arissa menggeleng lantas tersenyum.

"Nope. Saya selesa macam ni," jawab Arissa. Dia menyambung aktiviti memasak pasta. Pinggangnya terasa dilingkari dengan tangan sasa Rayyan. Bahunya pula menjadi mangsa dagu Rayyan.

Bibir Rayyan perlahan-lahan mengucup pipi mulus Arissa. Arissa terkejut. "Apa awak buat ni?!" tanya Arissa dengan nada yang agak tinggi. Rayyan menunjukkan muka innocent.

"Buat apa yang aku sepatutnya buat kat mall tadi," balas Rayyan acuh tidak acuh. Fishcat yang telah siap direbus diratahnya. Arissa menepuk tangan Rayyan.

"Belum siap lagilah" "I don't care," Arissa mencebik. Ceh! Asyik-asyik speaking. Pigidaa! Tiba-tiba telefon bimbit Rayyan berbunyi.

"Hello," tegur Rayan di panggilan. Tiba-tiba dia tersenyum. "Waalaikumsalam. What's up man?" "Sekarang? Isy, asal cepat sangat?" " "Yelah-yelah. Aku otw. Hm. Okay,bye assalamualaikum," panggilan dimatikan. Rayyan mengeluh. Isy, baru nak manja-manja dengan Arissa!

"Kenapa awak?" soal Arissa. Nak tahu juga kenapa kan. "Kerja. Aku keluar dulu. Aku tak janji aku balik," jawab Rayyan perlahan. Dia memandang anak mata Arissa. Arissa menoleh ke arah lain.

"Habistu lauk ni?" nada Arissa berubah. Macam gaya merajuk pun ada. Rayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Er, kau makan jelah. Aku dah lambat ni. Aku pergi dulu," dalih Rayyan. Sempat dia mengucup dahi Arissa sebelum berlalu pergi. Kini, Arissa keseorangan. Dia mengeluh. Menyesal masak banyak-banyak! Tapi tak apa, esok pagi tak payah masak lagi. Arissa tersenyum.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now