Bab 34

109K 3.1K 239
                                    

Seseorang sedang melarikan diri ke dalam semak-samun. Sesekali, dia akan menoleh ke belakang. Memerhatikan keadaan sekeliling. Peluhnya mengalir di seluruh tubuh badan. Tiba-tiba, kakinya tersadung. "Ah!" dia mengerang kesakitan. Kelihatan darahnya mengalir keluar dari kakinya. Mungkin akibat tersadung tadi.

"Here you are," kata seorang lelaki dengan nada psiko. Sungguh menggerunkan! Seseorang tadi memejamkan matanya serapat mungkin. Tidak mahu melihat wajah keji dan psiko itu! Lelaki tadi menarik tangan seseorang tadi lalu mengheretnya. Tidak peduli akan duri-duri yang mencengkam kulit seseorang tersebut.

Apabila tiba di sebuah rumah kecil, lelaki tadi mencampakkan seseorang tadi ke dalam rumah kecil tersebut. Tali yang berada di samping diambil. Lalu, mengikat tubuh seseorang tadi. "Kenapa kau lari daripada aku ha?!" tengking lelaki tadi. Seseorang atau gadis itu hanya mampu diam. Badannya sungguh lemah.

"Hey, aku tanya ni jawablah!" rahang gadis tadi dicengkam. Hampir merampas oksigen yang diperlukan. Gadis tadi mengalirkan air mata. "Dasar perempuan bod**! Aku tak akan kahwin dengan kaulah!"

Gadis tadi mendiamkan diri dengan esakan dan tangisan. Badannya yang luka tidak dihiraukan. Hati dia berasa pedih. Pedih dengan kata-kata lelaki di hadapannya. "Aku nak kau gugurkan kandungan dalam perut kau tu," lelaki di hadapannya mengucap tanpa nada sedih. Hanya nada mendatar. Gadis itu langsung tidak terkejut. Kerana dia tahu, pasti lelaki ini membuat dia begini kerana ingin membunuh anak mereka. Tak, anak dia.

"Kau dengar tak?!" herdik lelaki tadi. Gadis itu terhincut badannya. Tak. Tak. Aku tak akan gugurkan kandungan ni. Gadis itu mendiamkan diri. Tidak memandang langsung wajah lelaki di hadapannya. Tiba-tiba kepalanya tersantak akibat tarikan rambut yang sangat kuat. Gadis tadi meringis.

"Aku nak kau gugurkan kandungan ni! Kau faham ke tak?!" gadis itu menggeleng. Tanda tidak mahu. Lelaki tadi sudah hilang kesabarannya. Diambil tali pinggang di seluarnya dan melibas tubuh gadis itu. Sangat laju dan kuat. Tanpa perasaan kesal. Akhirnya, gadis tadi terbaring. Matanya mulai tertutup. Sebelum tertutup, dia mengusap perutnya dan berkata "Anak ibu kuat. Anak ibu kuat. Anak ibu kuat," akhirnya, matanya terpejam rapat.

"Ah!" gadis tadi menjerit. Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya. Huh. Alhamdulillah, masih dalam biliknya sendiri. Dia beristighfar sambil mengusap dadanya. Dia termenung. Mengusap perutnya yang tidak membonjol dengan terlalu besar. Nasib baik tadi hanya sebuah mimpi. Tetapi, sebuah mimpi ngeri. Dia takut, risau. Risau apabila terjumpa lelaki atau ayah kepada kandungannya. Dia bukan berkahwin malah bukan berzina tetapi dirogol oleh seseorang yang dia tidak kenal dan tidak rapat. Cuma, hasil perbuatan terkutuk tadi membawa sebuah perbezaan kepada hidupnya.

"Adam Zafran kena kuat. Anak ibu kena kuat. Sebab Adam, Adam Zafran bin Daniel Aiman. Anak ibu"

Seseorang menolak troli sambil memerhatikan makanan di dalam tin. Akibat terlalu khusyuk melihat, trolinya tersangkut dengan seseorang. Mereka saling berpandangan.

"Arissa.." bibirnya menutur nama Arissa. Arissa tersenyum tipis lalu cuba menarik trolinya semula. Tetapi, tidak berhasil. "Tak apa. Biar saya cuba," kata Daniel sambil menarik trolinya pula. Akhirnya, troli mereka tidak tersangkut lagi. Situasi yang sama. Perasaan yang berbeza. Arissa berasa janggal.

"Arissa buat apa kat sini?"

"Beli barang"

"Dengan siapa?"

"Suami Arissa," kedua-duanya mulai senyap. Daniel mengangguk sambil senyum tipis. Belum sempat Daniel ingin menyoalkan soalan lebih lanjut, Rayyan menghampiri Arissa dengan sebuah paket coklat.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now