Bab 41

89.8K 2.8K 90
                                    

Maaf sebab ada masalah teknikal tadi. So, here you go. Bab 41!

Arissa hanya mengikut langkah konco-konco Zara. Macam mana nak lawan ni? Nak sepak? Gila ke apa. Gugur kandungan tu nanti. "Haih," keluh Arissa perlahan. Sakit wo ikatan ni. Macam apa je. Tapi, tak apa. Sabar. Allah kan ada. Arissa kembali senyum.

"Yang kau senyum-senyum kenapa? Tak sabar nak mati cepat ke?" kedengaran suara sinis Zara berkata. Daniel, yang berada di sebelah Zara turut tersenyum sinis. Tak guna betul.

Arissa senyap. Malas nak layan dua ekor makhluk depan dia ni. Senyap sudah. 'Abang..bila abang nak rescue sayang dengan baby ni?' soal Arissa sendirian dalam hati kecilnya. Tulah padahnya marah suami. Buat suami merajuk. Si suami pun satu. Merajuk pastu tinggalkan bini. Dah lah lupa yang Zara tu masih wujud.

Arissa diikatkan pada sebuah kerusi. Guna tali yang orang nak bunuh diri tu tau. Bukan talia rafia. "Sakitlah. Janganlah ketat sangat. Macamlah aku boleh larikan diri," omel Arissa. Jujur gila. Ha, apa-apa pun terbaik. Zara menjeling Arissa dengan tajam. "Ketat ke tak, peduli apa aku? Yang penting, kau MATI," tak gunanya Zara ni. Haih, tak baik betul. Arissa mendiamkan diri. Oh ya, Arissa pun menjeling 'Sir Dan' dia tu dengan tajam. Sangat tajam sebenarnya. Sampai hati berkomplot dengan orang macam ni.

"Daniel, kau nak 'jaga' dia pun boleh, nak 'layan' dia macam dalam 'syurga' pun boleh. Aku bagi greenlight," Arissa yang mendengarnya hanya terpinga-pinga. Apa ni? Layan? Syurga? Nak terus bunuh ke apa? Ke benda yang buruk? Ya Allah, selamatkanlah aku dan anakku Ya Allah.

Daniel mengangguk sambil tersenyum sinis. Ya Allah, bencinya senyuman tu. Selepas beberapa minit Zara melangkah keluar, Daniel pula mengambil 'tugas'. Daniel merapati tubuh kecil Arissa. Arissa hanya membuat lagak selamba. Walhal, hanya Allah je yang tahu betapa risaunya dia sekarang.

"Nur Arissa Syafina binti Zainuddin. Sexy name like it own owner," apa yang seksi? Tak faham betul. Bukan ke tu nama comel ke? Apa kena-mengena dengan seksi. Gila betul Daniel ni. Arissa mendiamkan diri. Malas nak bercakap dengan Daniel. Baik dia berzikir.

"Kau pasti yang jantan tu akan selamatkan kau? Hm?" soal Daniel dengan nada memerli. Jantan dia panggil Rayyan? Hamboi, teruk bebenor. Hello, kalau dia jantan, kau apa? Binatang?! Ah, kurang ajar! Arissa sekali lagi mendiamkan diri. Cuba memekakkan telinganya. Buat apa nak jawab soalan bodoh tu kan? Bukannya dapat hadiah pun.

Daniel yang berang apabila soalannya tidak dibalas, terus menarik tudung Arissa. "Auch!" ringis Arissa kuat bila kerongsang tudungnya tersekat di tekaknya. Gila tak sakit weh. Nasib baik tak tercabut. "Aku tanya kau, jantan tu akan selamatkan kau ke tidak?!" Arissa rasa seperti hendak dihempuk-hempuk juga Daniel ni. Mestilah ya! Aku isteri dia kot! Hadumak masalah ah.

"Suami aku akan selamatkan aku lah syaiton! Lepaskanlah! Fikir tak sakit ke?! Ish, tak guna betul kau ni!" herdik Arissa sambil menahan kesakitan. Dia meringis. Sakit tak tertanggung wo. Ya Allah, mana suami dia ni. Mana Rayyan?

Perlahan-lahan Daniel melepaskan tudung Arissa. Arissa menarik nafas dengan keadaan yang tercungap-cungap. Mesti tekaknya berwarna merah. Ah, itu sudah pasti. Daniel mengeluarkan telefon bimbitnya. Menelefon seseorang. "Kau boleh bawa dia keluar sekarang," entah siapa yang Daniel ingin keluarkan. Rayyankah? Adakah Rayyan dah tertangkap? Tapi tak mungkin. Rayyan mesti buat sesuatu kerja dengan cermat. Konco-konconya juga pasti ramai. Tak semudah itu.

Arissa menundukkan wajahnya. Memandang lantai. Dia teringat pasal kejadian di restoran tadi. Kalau dia tak marah-marah Rayyan, mesti semua ni tak terjadi. Mesti dia dengan Rayyan pergi tempat lain lepas ni. Dia baru je nak ajak Rayyan pergi klinik. Tapi,hampeh. 'Abang..maafkan sayang..'

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now