Bab 50

82K 2.7K 109
                                    

Rayyan menghirup sedikit kopi yang masih panas. Hanya bunyi kipas memenuhi ruang. Pak Musa dan isterinya duduk di kerusi 2 seat manakala Rayyan dan Arissa duduk di kerusi 3 seat.

"Ehem," Pak Musa berdehem. Cuba menarik perhatian semua. Syafiqa tidak ada di sini. Sebab apa? Sebab hatinya masih panas.

Rayyan, Arissa dan isterinya, Nek Wan mengalihkan perhatian ke arah Pak Musa. Menunggu setiap bait yang bakal dikeluarkan. "Rayyan dan Arissa..datang sini sebab nak belajar agama kan?"

Cawan kopi diletakkan di atas meja kayu. Rayyan mengangguk tanda mengiyakan. "Ya, Pak Musa. Kalau boleh kurang daripada sebulanlah tempohnya. Takut banyak pula kerja kat Kuala Lumpur tu," balas Rayyan. Matanya kini memandang redup wajah Pak Musa. Meskipun dia tak berkenan sangat dengan sikap Syafiqa, Pak Musa haruslah dilayan baik.

Pak Musa mengangguk. "Boleh je Rayyan. Tapi, kamu nak belajar dekat surau atau pondok sekolah agama? Almaklumlah..kat sini tak ramai ustaz atau ustazah. Kalau ada pun, dah tua-tua Rayyan," Rayyan hanya tersenyum apabila mendengar balasan Pak Musa. Sungguh, Pak Musa ni seorang yang merendah diri.

"Tak apa pun tok. Boleh je. Asalkan kami dapat timba ilmu agama. Itu pun dah cukup," kata Arissa setelah mendiamkan diri. Dia tak naklah senyap je. Apa kata orang pula kan?

"Dan Arissa harap..orang kampung boleh terima Arissa dan abang Rayyan kat kampung ni," balas Arissa setelah menjedakan percakapan. Bibirnya mengoyakkan senyuman yang hambar.

Rayyan menepuk perlahan tangan isterinya.

"Mestilah boleh. Dahlah Arissa, perkara lepas jangan dikenang. Sekarang ni, buka buku baru. Kamu dah ada suami. Dah nak dapat anak pun. Mesti orang kampung terima. Janganlah fikir negatif ya?" nasihat Pak Musa. Arissa mengangguk. Ya tak ya kan. Kenapa dia kena takut atas penerimaan orang kampung walhal dia tahu, dia ada Rayyan, mummy, daddy, Kamal. Hm.

Tapi..dia ada satu persoalan.

"Mana Mak Long dengan keluarga Mak Long?"

Senyap.

Soalan Arissa dibiarkan berlalu.

Nek Wan dan Pak Musa mendiamkan diri. Tak tahu nak mula dari mana. Nek Wan menepuk perlahan paha suaminya, Pak Musa. Meminta untuk memberi penerangan kepada Arissa mungkin.

"Beginilah Arissa. Arissa baru sampai lagi kat sini. Apa kata Arissa rehatkan badan dulu. Esok, jumpa tok dengan Nek Wan dekat surau waktu Zuhur," simpul Pak Musa.

Dia tahu, Arissa dan Rayyan masih penat. Lagipun, Arissa sedang mengandung. Lebih baik dia biarkan Arissa rehat dulu. Bukankah itu lebih baik.

Nak tak nak, Arissa terpaksa mengangguk. Jujur sahaja, badannya sudah melekit. Tak selesa saat ini. Mungkin, Rayyan juga sudah penat.

"Baiklah tok. Kami minta diri dulu. Terima kasih tok, Nek Wan. Kami pergi dulu. Assalamualaikum," Rayyan minta izin untuk mengundurkan diri.

Arissa bersalaman dan mencium kedua-dua belah pipi Nek Wan manakala Rayyan bersalaman dengan Pak Musa.

Sebelum berlalu, sempat lagi Pak Musa membisik sesuatu kepada Rayyan. "Rayyan, jaga Arissa elok-elok. Pantau dia selalu ya?"

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora