Bab 22

104K 3.5K 235
                                    

Assalamualaikum! Hye gais! Sorry lambat update. Act, author tak nak update lagi tapi sebab korg nak sangat author update, ikutkan jelah. Hiks. Part ni maybe cam apa je tapi hope you enjoy it! Nah, bacalah!

Usai solat Subuh, Arissa keluar daripada bilik tetamu secara senyap-senyap. Mujur ada bilik air dalam bilik tetamu. Tapi, itulah. Pakaian belum tukar. Kamal ada kat rumah. Dia masih perlu menjaga auratnya.

"Mak Jah.." panggil Arissa perlahan. Tak mahu sesiapa terbangun. Mak Jah yang sedang menggoreng nasi goreng terus menoleh memandang Arissa. Diurutnya dada.

"Ya Allah, Arissa. Terkejut Mak Jah. Kenapa Arissa?" Arissa tersengih. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Erm..nak pinjam baju, tudung Mak Jah boleh?" Arissa bertanya sambil meramas-ramai jarinya. Dia masih kekal sengih seperti tadi.

"Buat apa?" kening Mak Jah diangkat. Tangannya masih lincah menggaul nasi goreng.

"Nak pinjam. Nanti, sebelum Arissa pergi ke kelas, Arissa bagi balik. Please Mak Jah," tangan Arissa digoncang-goncangkan tanda merayu. Tolonglah cepat sikit Mak Jah.

"Ha yelah. Jom, ikut Mak Jah," Arissa terus tersenyum. Alhamdulillah! Bilik Mak Jah dibuka. Walaupun bilik ini dikhaskan untuk pembantu rumah, tapi masih cantik. Tidak banyak perubahan dengan bilik biasa.

"Nah," baju kurung lusuh berwarna merah jambu dan tudung bawal merah dihulur. Arissa menyambutnya dengan cermat.

"Thank you Mak Jah! Tumpang tukar baju sekali eh? Lepas tukar baju, Rissa tolong Mak Jah kat dapur," Mak Jah menggeleng laju tanda tidak setuju. Arissa sudah memuncungkan bibirnya.

"Kenapa?"

"Kamu ni menantu keluarga ni. Biar Mak Jah yang buat. Lagipun, datin bangun tak lama lagi. Dah, kamu tukar baju lepastu pergi kejutkan suami kamu tu," Arissa mengeluh. Nak kejutkan Rayyan ke? Haih. Kalau boleh, dia tak nak! Takut kena reject lagi sekali!

Mak Jah menutup pintu. Memberi ruang kepada Arissa. Setelah memakai baju, Arissa menaiki anak tangga perlahan. Lemah lututnya.

Nak ketuk ke tak? Nak ketuk ke tak? Arissa menggigit bibirnya. Kalau ketuk, dia marah tak? Kalau tak ketuk, dia marah tak? Eii dua-dua sama je. Ketuk jelah!

Tok. Tok. Tok. Tiada balasan. Tok. Tok. Tok. "Abang," panggil Arissa perlahan di luar pintu. Namun, tiada balasan lagi. Arissa tekad, kalau kali ketiga Rayyan tak buka pintu, dia masuk. Dia pun ada hak nak masuk.

Tok. Tok. Tok. "Abang..bangun.. Dah pukul 7 ni," panggil Arissa lagi. Namun, tiada jawapan. Arissa memulas tombol pintu perlahan-lahan. Ternampak Rayyan yang sedang nyenyak tidur sambil memeluk bantal peluk. Gosh, that face.

Arissa mendekati Rayyan perlahan-lahan. Tak nak Rayyan bangun secara mengejut. Biarlah dia bangun secara aman.

"Abang..bangun..dah pagi dah," kejut Arissa sambil menggoyangkan bahu Rayyan perlahan. Tetapi, Rayyan masih lena diulit mimpi.

"Abang..bangun. Kita makan jom. Mak Jah dah sediakan makanan," Arissa masih tidak berputus asa kejutkan Rayyan. Dielusnya rambut Rayyan dengan penuh kasih. Macam mak dengan anak.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now