Bab 35

106K 3K 152
                                    

Hye! Nak promote jap! Jemput baca =)

Terpaksa dalam Kerelaan by @ryunnie

"Kau.." gadis tadi hanya mendiamkan diri. Tidak menoleh atau membuka mata. Dia berharap yang Daniel tidak mengingati dia langsung. Tapi, itu mustahil! "Pandang sini!" arah Daniel secara mengejut. Gadis tadi tersentak. Perlukah dia menoleh? Kalau dia menoleh, apa akan jadi? Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

"Aku kata pandang, pandang jelah!" sekali lagi, Daniel mengarah gadis tadi dengan suara yang kasar. Gadis tadi akur. Perlahan-lahan dia menoleh memandang Daniel. Memandang wajah serius Daniel. Wajah yang tak pernah memberikan senyuman kepadanya. Walaupun sekali.

Daniel tersenyum sinis. Dia sudah agak. Gadis di hadapannya pasti gadis yang dia 'pakai' beberapa bulan lepas. Daniel memandang ke arah perut gadis itu. "Kau mengandung?" hanya kedengaran suara mendatar sahaja. Gadis itu sekali lagi senyap. Dia menundukkan wajahnya. Tidak berani bertentang mata dengan Daniel.

"Hey, aku tanya ni jawablah! Pandang aku!" hati wanita itu sudah berdebar-debar. Dia takut nak buat pengakuan. Takkan nak lari dengan cengkalan kuat ni? Tak boleh. Nanti dia takut kandungan dia gugur pula. Perlahan-lahan dia mengangkat muka memandang wajah Daniel yang sudah pun merah padam. Dia menjawab dalam nada yang perlahan "Ya, saya mengandung"

Hampir terbeliak mata Daniel Aiman. Tak guna! Daniel menarik lengan gadis tadi lalu membawanya masuk ke dalam kereta dia. Segala rintihan, rayuan gadis itu tidak dilayan. Sungguh kejam hati Daniel ni. Sejurus masuk ke dalam kereta, dia memandu laju kereta itu. Sampaikan gadis di sebelahnya menutup mata dan mengucap takbir.

"Tolonglah lepaskan aku!! Lepaskan aku dengan anak aku!! Kau nak bawa aku pergi mana ha?!" kerisauan tidak dapat dibendung lagi. Gadis tadi memegang perutnya. 'Ya Allah, selamatkanlah aku dan anakku,' rintihnya dalam hati. Daniel tersenyum sinis. "Aku nak bawa kau ke neraka aku"

"Ha.. Abang. Cakaplah apa masalahnya," sebuah cawan berisi air Nescafe 3 in 1 dihidangkan di hadapan Rayyan. Rayyan mencicipnya perlahan kerana masih panas lagi. Rayyan berfikir macam mana nak susun ayat biar Arissa tak risau.

"Abang..cakaplah," gesa Arissa apabila melihatkan Rayyan mendiamkan diri. Huh, tadi semangat nak cerita! Sekarang? Ceit. Tipu saja.

Cawan diletakkan. "Macam mana eh nak cakap?" Rayyan menggaru-garu kepalanya sambil tersengih. Dia pun tak tahu nak mulakan dari mana. Arissa memeluk tubuhnya. Bibir dimuncungkan. Tanda merajuklah tu.

"Hahaha. Okey okey. Nampak dah muncung dia tu. Okey, abang cerita," nampak sahaja muncung Arissa macam itik tu, terus Rayyan cuit hidung Arissa. "Macam ni.. Sayang ingat tak orang yang nak langgar kita hari tu?" Arissa mengangguk sebagai balasan. Namun, tidak dijawab. Mungkin tak nak mengganggu Rayyan bercerita.

"Abang syak yang langgar kita hari tu Daniel Aiman. Pensyarah sayang. Jadi..abang minta penyiasat persendirian abang siasat latar belakang Daniel," terang Rayyan. Sekali lagi, Arissa hanya mengangguk. Tapi, dia sendiri pun pelik. Kenapa Daniel nak langgar dia dan suami dia? Dendam apa pula?

"Jadi..abang dah dapat beberapa maklumat," sebuah fail nipis coklat dihulurkan kepada Arissa. Arissa mengambilnya. Dibukanya perlahan-lahan. Namun, tiada sebarang pertanyaan yang keluar daripada bibir Arissa.

Arissa membaca dengan teliti. Nama, tarikh lahir, umur dan tempat tinggal Rayyan tertera di atas kertas itu. Arissa membaca dari awal sampai akhir. Walaupun hal ini mengambil masa, Rayyan tetap setia menunggu. Setia menunggu dengan Nescafe dia. Ceh. Tak puasa.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now