Bab 11

143K 4.5K 696
                                    

"Baiklah, saya bersetuju untuk bekerjsama dengan Qyari Gold Holding," jabat tangan Tan Sri Zainal dan Rayyan. Rayyan tersenyum puas.

"Terima kasih Tan Sri. Saya harap kerjasama kita berjalan dengan lancar," ucap Rayyan. Tan Sri Zainal mengangguk.

'Yeah! Freedom!' jerit hati kecil Rayyan. Tak sabar nak balik KL. Lagipun, masa semakin suntuk. 30 hari tolak 9 hari bersamaan 21 hari lagi! Tidak!

Rayyan pulang ke rumah banglonya. Dia melihat Arissa sedang sibuk mengemas rumah itu buat kali terakhir.

'Kasihan Arissa. Dia asyik terperuk je kat rumah. Nak bawa dia jalan-jalan ke?' desis Rayyan. Dia berfikir. Kalau bawa, nak pergi mana? Pasal operasi mencari isteri macam mana? Ah, biarlah! Asalkan Arissa jalan-jalan.

"Weyh," Arissa menoleh. "Kenapa?" soal Arissa bingung. Tiba-tiba je.

"Siap-siap sekarang"

~

Rayyan dari tadi membawa Arissa berpusing-pusing negeri Johor ini. Memanglah best tapi pening lah.

"Uweekk," Arissa menutup mulutnya menahan rasa mual. Dia rasa ingin muntah. Rayyan yang duduk di tempat pemandu terus memberhentikan kereta.

"Kenapa ni?" soal Rayyan cemas. Arissa menggeleng.

"Rasa nak muntah. Uwekk," Arissa segera mencapai beg plastik di dalam laci kereta. Tak tahan sangat dah.

"Kita pergi hospital," tegas Rayyan. Kereta Mercedenz Benz berwarna putih memecut laju di atas jalan raya.

~

"Macam mana dengan isteri saya doktor?" soal Rayyan. Arissa yang mendengarnya tersentak.

'Isteri?'

Tangan Arissa digenggam erat. Persis macam suami isteri. Cuma, emosi Rayyan cemas dan risau sahaja.

"Maaf tuan, puan. Puan tidak mengandung. Cuma pening sebab perut kosong," jawab doktor tersebut. Rayyan mengangguk. Tidak tahu ingin buat apa. Patutkah dia gembira? Ataupun sedih sebab Arissa tak mengandungkan anaknya?

"Terima kasih doktor," ujar Rayyan dan terus berlalu. Arissa lemah. Lemah dari segi mental dan fizikal.

'Kenapa aku rasa sedih tak mengandung? Apa yang aku harapkan sebenarnya?' menung Arissa. Dia memegang perutnya yang kosong. Mungkin, ini yang terbaik.

"Jom, kita makan dulu. Nanti tak pasal-pasal kau muntah lagi." Arissa mengangguk dan mengekori langkah Rayyan. Rayyan setia memegang tangannya. Dan, pinganggnya.

Beberapa pasang mata hanya memandang mereka berdua.

~

"Rian, plan kita lagi satu tu pun tak jadi! Ada betina kacau!" omel Zara. Adriana mengangkat kening.

"Betina mana pula?"

"Qasha..Qasha Shikin"

"Mo..model tu? Apa kena mengena dia dengan Rayyan?" soal Adriana bertubi-tubi. Nampaknya dia berminat.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now