Bab 31

124K 3.5K 261
                                    

Kata-kata Rayyan terngiang-ngiang di fikirannya. "Are you okay baby?" tak. Tak. Jangan terpedaya! Arissa menggeleng-gelengkan kepalanya. Meminta peristiwa tadi dikeluarkan. Rayyan pelik. Apahal dengan bini aku ni?

Rayyan meletakkan tangannya di atas dahi Arissa. Arissa yang tersedar memandang ke arah Rayyan. Tangan Rayyan ditepis. "Apa ni?" soal Arissa dengan nada agak kasar namun dikawal. Rayyan mengangkat kening.

"Sayang sihat je. Pening kepala ke?" Rayyan seolah-olah menghiraukan soalan Arissa tadi. Soalan dibalas dengan soalan pula. Arissa tersenyum sinis. "Apa sayang-sayang? Jangan jadi hipokritlah Rayyan," sinis sahaja nada Arissa. Perlilah tu.

"Mana ada hipokritlah sayang. Hm. Marah lagi eh?" Arisaa memeluk tubuh dirinya sendiri. Malas nak bercakap dengan Rayyan. Kalau bercakap pun, bukannya faham. Huh! "Sayang, cakaplah," Rayyan sudah merengek-rengek macam budak kecil. Dahlah tinggi pastu merengek-merengek macam budak kecil, pendek yang comel. Memanglah comel tapi hodoh!

"Ya. Aku marah lagi. Habistu kenapa?" "Hm. Abang minta maaf. Maafkanlah abang. Please baby, honey, darling, dea--" "Dahlah Yen. Malas nak dengar. Kalau kau datang sini semata-mata sebab ni, tak payahlah. Lupakan jelah hasrat kau tu. Sebab aku--" "Sayang takkan maafkan abang ya?" ah, sudah. Rayyan sudah menggunakan nada simpati dia. Mak, tolong! Ya Allah, tolong kentalkan imanku! Comelnya! Dengan kepala Rayyan yang menunduk. Heh, tak boleh jadi ni.

"Dahlah Yen. Tak payahlah buat macam tu. Hodoh tahu tak? Bukan comel pun. Eii mengada betul," Rayyan yang tadi menunduk terus memandang wajah Arissa. Dahlah dia pandang Arissa dengan penuh ekspresi dihina. Memang dihina sekarang ni pun. "Kalau Rissa tak nak maafkan Yen tak apa. Tapi, jangan hina Yen macam ni eh. Yen tak boleh terima. Rissa ingat eh, walau apapun yang terjadi, Rissa milik dan hak Yen! Rissa nak teruskan perang dingin dengan Yen boleh je. Teruskan! Tapi, Rissa jangan menyesal! Sebab, bila lelaki merajuk, lagi susah nak dipujuk. Dahlah. Buat penat Yen kejar Rissa kat sini semata-mata nak jadi 'penyelamat' Rissa. Yen pergi dulu. Assalamualaikum"

Terlopong mulut Arissa apabila Rayyan berkata sedemikian. Serious ah Rayyan terasa? Sikit je pun. Memanglah. Memang lelaki playboy tak boleh dicakap 'hodoh'. Sensitif betul. Alahai, Rayyan! Arissa mengejar Rayyan dengan berlari anak-anak. Dahlah sesak, bau busuk, kain labuh. Hesy. Nilah padahnya buat suami merajuk.

"Yen!" Arissa menjerit nama Rayyan namun Rayyan buat bodoh. Berjalan tanpa menoleh ke belakang. Ego tinggi betul! Mengalahkan langit! "Rayyan!" "Kak, hati-hati!" Arissa menoleh ke arah kanan. Alamak! Sup panas! Dengan tak sengaja, sup panas tu tertumpah di perut Arissa.

"Auch! Sakit!" terjelopok Arissa dibuatnya. Masya Allah, panasnya! Melecur tak perut dia ni? Yen, maafkan Rissa. "Sayang!" Rayyan terus berlari mendapatkan Arissa. Apabila dia terdengar Arissa sudah berhenti menjerit nama dia, baru dia toleh. Tu pun, Arissa dah terduduk atas lantai kafe.

"Sakit. Panas.." lirih suara Arissa saat ini. Rayyan sudah tak tentu arah. Kelam-kabut dibuatnya. Rayyan terus mencempung badan Arissa bersama beg tangan Arissa. "Kita pergi hospital sekarang"

"Doctor, how's my wife?" soal Rayyan dengan panik, tak teratur, risau. Macam-macamlah! "She's fine. Don't worry. Cuma, sapukan cream ni kat perut dia. In shaa Allah, eloklah tu," nasihat doktor tersebut sambil memberikan sekotak ubat cream. Rayyan mengangguk-angguk. "Thanks doctor," doktor tersebut mengangguk sambil tersenyum. Lalu, beredar dari wad. Memberikan Arissa dan Rayyan ruang.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now