Bab 33

111K 3.5K 296
                                    

"Kau.. Kamal! Ya Allah! How are you bro?" sapa seseorang dengan penuh girang. Kamal pula sudah lama mengangkat punggungnya dari sofa kayu. "Amri! Ya Allah! Aku ingatkan tak jumpa kau lagi dah!" mereka terus berpelukan cara lelaki. Dah siap bersalaman cara lelaki tadi kan, peluklah pula.

"Tulah pasai. Eh, macam mana kau tahu rumah aku ni?" soal Amri dalam kebingungan. Kamal juga berasa bingung. "Rumah kau? Maksudnya?" "Ini Shah Amri. Anak sulung pak cik. Rin tu angah. Adik Amri," soalan Kamal dijawab oleh abah Rin, Encik Hashim. Kamal berpusing kebelakang. Menghadap Encik Hashim. Tandanya kawan dia ni abang kepada crush dia la ni? Untung!

"Laa yeke? Saya tak tahu pula pak cik. Biasalah Am ni kan suka berahsia dengan kawan-kawan dia. Lagi-lagi saya ni ha," Kamal bergurau dengan nada perli. Tapi sebenarnya dia tak maksudkan pun. "Eh eh cik abang ni. Berahsia konon. Kau tu lagi berahsia dengan aku. Kata anak orang biasa. Sekali, ha. Anak dato' kau!" Kamal mula berasa malu. Lalu, dia tersengih sambil menggaru belakang tengkuknya. Aduh,comel!

"Ha? Kamal anak dato'?" soal Encik Hashim dengan nada yang terperanjat. Terperanjatlah tu apabila anak dia beliau kata Kamal anak dato'. Dari segi pakaian biasa-biasa je. Macam orang KL lah. Perangai? Pun macam orang biasa.

"A'ah bah. Dia anak dato'. Mesti dia tak bagitahu abah kan?" Encik Hashim mengangguk. Ngeh betul Amri ni. Tak perlulah beritahu. Bukannya anak raja pun. "Dia ni memang. Suka sangat berahsia"

"Bukan berahsia. Merendah dirilah," sampuk Kamal secara tiba-tiba. Amri mencebik. Cis, perasan. Menyesal cakap. Kamal lagi masih dengan sisa tawanya. Amri pula hanya memandang Kamal atas bawah atas bawah.

"Bah. Minum petang dah siap. Eh, abang pun ada?" sejurus keluar daripada dapur, Rin ternampak kelibat abangnya di ruang tamu. Apa lagi, bertegurlah dia dengan muka gembira. Amri tersenyum melihat adik pertamanya, Rin. "A'ah. Rin, kenalkan ini kawan abang, Kamal," Rin ketawa kecil. Hui tak perlu dikenalkan. Dah kenal dah.

"Abang lambat. Rin dah kenal dengan Kamal. Tapi, tak tahu pula Kamal ni kawan abang," sebuah pinggan kaca diletakkan di atas meja. Begitu juga dengan dua cawan kopi. Pinggan itu dipenuhi dengan kuih seri muka, karipap dan kaswi.

"Laa..yeke? Bukan ke abang pernah cerita dekat Rin?" "Pernah. Tapi lupa. Hee," Rin menunjukkan barisan giginya yang tak seberapa putih. Hiks. Dia tersengih. Amri mencebik. Cis, adik dengan kawan sama je.

"Ha, Amri, Kamal, jemput makan ni ha. Rin, buat lagi satu cawan kopi," setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Encik Hashim bersuara. Rin mengangguk lantas membawa dirinya ke dapur semula. Kamal dan Amri duduk di atas sofa kayu.

"Maaflah pak cik, Kamal. Pak cik tak tahu pula kamu anak dato'," ujar Encik Hashim. Kamal senyum ikhlas sambil menggeleng. "Tak ada apalah pak cik. Benda kecil je tu"

"Bah, Kamal ni memang macam ni. Suka sorok identiti. Entah kenapa suka sangat sorok," tangan Amri diletakkan di atas bahu Kamal. Ditepuk-tepuknya perlahan. Kamal dah malu dah. Oii kawan jenis apa ni. Ergh, malu!

"Oh macam tu. Baguslah tu. Dapat menghindari sikap riak" "Ha betul tu pak cik!" tiba-tiba sahaja Kamal kembali normal. Dah tak malu dah. Mungkin bakal ayah mertua sokong kut? Eh? Ha Kamal mengada-ngada lagi. Amri macam biasalah. Mencebik je tahu. Entah sampai bila mulut tu nak normal balik.

Rayyan menebarkan pandangannya ke kolam renang. Nampak je pandang kolam renang tapi fikiran? Melayang. Dia berasa pelik dengan situasi sekarang. Zara muncul, Shahrul menghilang. Daniel muncul, Mia pun muncul. Qasha? Qasha pun sudah menghilangkan diri.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now