Bab 40

98.7K 2.8K 151
                                    

"I..I am not agree," ucap Rayyan di panggilan. Arissa pelik. Apa yang setuju? Apa yang tak setuju? Tanpa sebarang reaksi, Arissa mendiamkan diri. Menyambung kembali santapannya. "Tak bolehlah Rian. Kalau you nak I tolong, you must ask permission from my wife first. I don't want my marriage ruin because of this"

Entah apa yang dibincangkan Rayyan dengan si pemanggil. Arissa mula memberikan reaksi. Reaksi kedutan di dahi. Ha, siapa Rian? Lelaki ke perempuan tu? Amboi, cemburu ke Rissa? Yalah, cemburulah. Suami kau yang kacak lagi bergaya bercalling dengan perempuan lain ni. Ha, tak boleh jadi ni.

"Ha. Nanti malam I call you. You cakaplah dengan wife I. Ha okey. Assalamualaikum," panggilan serta-merta dimatikan. Rayyan kembali menyedut jus mangganya. 'Amboi, tak nak terangkan apa-apa ke hubby aku ni?' omel Arissa sendirian. Tanpa Rayyan sedari, Arissa menjeling.

Sebenarnya Rayyan sengaja je tak nak cerita. Dia nak Arissa sendiri tanya dia apa yang terjadi. Rayyan ketawa jahat dalam diam. Rayyan pun tahu yang Arissa sedang jeling dia. Sengaja nak main tarik tali ni. Hahaha.

Bunyi sudu dan garfu langsung tidak membingitkan telinga Rayyan. Malah, Rayyan lebih galak ketawa. Ha, biar dia usik Arissa pula. Dari tadi Arissa asyik usik dia kan. Apa salahnya dia usik Arissa sekali-sekala. Muahaha.

"Abang," akhirnya kedengaran suara Arissa selepas bunyi pertembungan garfu dan sudu. Rayyan pura-pura innocent. Dia memandang telefon pintarnya. Pura-pura sibuk. "Ya?"

"Siapa yang call abang tadi?" Rayyan ketawa dalam dia. Yes! Pancingan mengena! "Tak ada siapalah sayang," tipu Rayyan. Arissa sudah memeluk dirinya sendiri. Mencipta sebuah muncungan pabjang 1.5 inci. Haa..inci yang terbaru sebab ada perpuluhan.

"Tipu. Mesti perempuan lain kan? Haa abang beritahu cepat! Kalau tak, sayang korek mata abang guna garfu ni!" sebuah garfu diacukan pada muka Rayyan. Mak aih. Garangnya bini Rayyan. Rayyan menelan air liur. Dia sengih sambil menolak garfu tadi menjauhi wajah kacaknya.

"Eh sayang. Janganlah acu kat muka abang. Kang kena tak hensem suami sayang ni lagi dah," huh, peduli apa hensem ke tak! Yang Arissa nak tahu, siapa perempuan yang telefon Rayyan tadi! Mesti tak lain tak bukan, perempuan lain ni! Confirm!

"Tahu takut! Ha cepat! Siapa telefon abang tadi?" "Sayang cemburu eh?"

"Mana ada"

"Ya"

"Tak"

"Ya"

"Tak!"

"Ya"

"Tak! Taklah!" merah padam muka Arissa menahan amarah. Tak tahu kenapa emosi dia berlainan sangat. Dulu, lemah-lembut, sopan-santun. Sekarang? Cepat marah, kasar macam gengster. Teruk teruk.

Riak wajah Rayyan sudah berubah. Kalau tadi sedang tersengih, sekarang jadi mendung. Muka macam anak kucing weh! Kurang ajar gila samakan Rayyan macam anak kucing. Cis. "A..abang"

Tiada balasan. Ha ayok tak tayok Rissa. Kau buat Rayyan merajuk. "Abang.." sekali lagi, tiada balasan. Rayyan tidak menghiraukan Arissa. Dia mula bangun dari tempat duduknya. Isteri asyik marah je. Mana tak merajuk. Kan kan?

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now