Bab 45

96K 2.7K 104
                                    

Farah mendiamkan diri. Dia memandang dinding bilik wad. Patutkah dia menghubungi papanya untuk mengesahkan pernyataan Daniel? Mungkin ya.

"Farah?" Farah tersentak. Dia melihat semua orang. Nampaknya semua orang menunggu dia menjawab sesuatu. Tapi, apa dia? "Farah okey?" Adriana menyoal sambil memandang Farah. Farah mengangguk lantas tersenyum. Menyembunyikan perasaan ragu-ragu.

"Jadi, Farah setuju tak?" ha. Sudah. Setuju apa? Farah mengiggit bibir. Aduh. Nak jawab apa ni? Adriana tersenyum. Mesti mengelamun tadi. "Farah setuju tak kalau Zara dijaga pihak polis kat sini buat sementara waktu? Ke Farah sendiri nak jaga?" oh. Itu soalannya. Farah mendiamkan diri. Kalau polis jaga..kakak dia tak apa-apa kan? Tapi, dia adik. Sepatutnya dia yang jaga kakak dia. Bukan polis. Hm.

Semua orang menunggu keputusan Farah. Akhirnya, Farah memberi kata putus. "Tak apalah, biar Farah jaga"

"Sure?" soal Rayyan.

Farah mengangguk. Dia kena jaga Zara sebagai seorang adik. Dah lama dia tak jumpa kakak dia sendiri. Lebih-lebih lagi parents Farah tak bagi. Yang lain hanya mengangguk. Menghormati keputusan Farah.

"Kalau macam tu, aku minta diri dululah semua," kedengaran Kamal mula bersuara. Dia sudah berura-ura untuk pergi. Yang lain mula memandang perlakuan Kamal.

"Assamualaikum"

Serentak itu, semua menjawab salam Kamal. Keadaan menjadi senyap sebentar. Rayyan bersama Arissa. Arissa bersama alam kedua iaitu alam nak masuk mimpi. Nak tidurlah tu.

Apabila keadaan bertambah sunyi, Adriana berdehem. Semua mata beralih ke arah Adriana pula. "Daniel, kau dari mana?" soalan apakah? Tak tahulah kalau si Adriana ni nampak Daniel macam alien. Mungkin ya kot. Sebab hensem sangat (?). Tapi tak sehensem Rayyan. Hiks.

"Bumi. Aduh!" tiba-tiba sahaja Rayyan menjerit kesakitan. Arissa sudah mencerlung Rayyan dengan tajam. Ada ke patut jawab soalan Daniel. Dahlah jawab merapu pula tu.

Yang lain hanya ketawa. Rayyan, Rayyan. Kelakar juga kau ni kan. "Aku baru balik dari University Oxford. Dato' Ilham yang uruskan semuanya sebab aku tak mampu. Lepas balik, Dato' Ilham terus ambil aku jadi pengawal peribadi Zara. Aku tak kisah sangat sebab aku rasa baik aku kerja dengan dato' dulu sementara tunggu permohonan kerja aku diterima"

Oh. Macam tu ke kisah Daniel. Maknanya, Daniel budak pandailah kan? Huhu. "Kau mohon kerja apa?" soal Rayyan pula. Walaupun dia pernah bermusuhan dengan Daniel, dia cuba untuk berbaik. Mana tahu ada chance buat geng.

"Aku mohon banyak kerja. Doktor, ahli farmasi dengan cikgu bidang Sains. So, mana yang diterima dulu, aku ambil jelah," ujar Daniel sambil memandang Rayyan. Rayyan mengangguk. Hebat juga. Semua gaji besau-besau meh. Untung bini dia. Cakap pasal bini, perempuan sebelah Daniel kan bini dia. So, tak nak perkenalkan lebih mendalam ke?

"Habistu kau kahwin dengan Iman ni bila?" soal Rayyan lagi. Banyak tanya pula. Siku kang. "Baru seminggu," jawab Daniel tenang. Daniel terus menoleh ke arah Iman yang sedang meramas jarinya. Mesti Iman rasa janggal. Untuk mengurangkan rasa janggal tu, Daniel menggenggam erat tangan Iman. Tersentak Iman dibuatnya.

Rayyan hanya tersenyum nipis. Baguslah dah ada bini. Jangan kacau Arissa lagi sudahlah.

"Maaf, saya nak tanya sesuatu," Farah mengangkat tangan secara tiba-tiba. Macam budak sekolah je angkat tangan ni. Tapi, Farah memang budak sekolah pun. Cis. "Yes?"

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ