Bab 59

87.4K 2.7K 196
                                    

Hye assalamualaikum geng! Do read kak Z punya cerita k!

Hati Yang Sudah Terbelah Dua - _Mystery_G

Do support her okey!

So, enjoy!! 😁

Mengikut perancangan A Kamal, hari ini Arissa dikehendaki pergi ke pusat membeli belah yang tak berapa belah sangat iaitu Jusco. Untuk pasukan backup, Kamal dan Daniel sendiri telah turun ke padang. Begitu juga dengan Ammar. Mia sebagai peneman Arissa jika Arissa ingin pergi ke tandas. Nampak tak permainan diaorang? Tak bagi Arissa keseorangan walaupun sesaat.

Arissa dan Mia sedang berbelanja di bahagian makanan basah. Sesekali, Mia akan menoleh kebelakang dan memerhatikan sekeliling. Dia takut jika Zara tiba-tiba menyerang mereka. Badan dirapatkan ke arah Arissa. Mia juga akan memimpin tangan Arissa disebabkan kandungan Arissa yang sudah sarat.

"Mia?" tegur Ammar di panggilan. Ya. Mereka semua memakai alat kelengkapan seperti walkie talkie dan alat pendengaran yang terletak di cuping telinga. Tudung menjadi sebagai pelindung agar tidak diketahui oleh sesiapa. "Ya?"

"How is it?" soal Ammar disebalik rak yang memisahkan antara mereka. Ammar berada di rak coklat, Kamal berada di rak peralatan elektrik manakala Daniel berada di rak Kotex. Erk? "Fine. Belum ada apa-apa perkembangan lagi." Ammar, Kamal dan Daniel mengangguk. Ya. Mereka semua mendengarnya.

"Bro. Aku nak beli Kotex boleh?" Kedengaran soalan yang tak berapa bijak disoalkan. Kamal mendengus geram. Kalau dia ada sebelah Daniel, mesti punggung Daniel dia tepuk kuat-kuat. Biar padan muka! Kedengaran Ammar sudah terbahak-bahak di talian.

"Woi Dani! Serius lah!" jerit Kamal kecil sambil mengetap bibir. Nasib baik tak ada orang yang lalu-lalang. Kalau ada, mesti orang syak dia gila! "Betul apa? Bini aku period. Aku nak belikan untuk dia. Salah ke?" Kamal menepuk dahinya. Dia dah tak tahan lagi! Tak tahan nak sepak buntut Daniel. Kamal segera menghayunkan kakinya ke arah rak Kotex namun langkahnya terhenti apabila dia melihat Zara.

"Geng.." panggil Kamal perlahan. Takut didengari. Soal Kotex telah dilupakan. Sekarang ni, Zara! "Apa? Kau dah izinkan aku beli Kotex ke?" Bertenang Kamal bertenang. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Fuhhhhh. Buku lima digenggam sampai nampak urat Kamal. Nasib baik ada Zara kalau tak..jangan harap dia boleh bersabar.

"Zara ada depan aku. Dia sedang belek sesuatu.." ujar Kamal sambil memerhatikan Zara penuh teliti. Apabila Zara ingin bergerak, Kamal terus berselindung di sebalik rak. Tak nak Zara nampak kelibat dirinya. "Ha? Seriuslah? Aku gerak sekarang!" Ammar terus berlalu ke bahagian makanan basah. Memerhatikan sekeliling. Mana Arissa dengan Mia ni?

"Weh! Zara dah hilang!" Jerit Kamal apabila tidak dapat melihat kelibat Zara di situ lagi. Kamal segera berlari menuju bahagian makanan basah juga. Daniel yang mendengar turut berlari ke arah yan sama. Ketiga-tiga mereka berjumpa namun bukan Arissa dan Mia. "Mana Arissa, Mia?!" Kamal menyoal dengan penuh rasa panik. Dia memerhatikan sekeliling.

Daniel dan Ammar turut melakukan perkara yang sama. Memerhatikan keadaan sekeliling kalau-kalau Mia dan Arissa berada di tempat yang berdekatan. "Ah!!" Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita menjerit. Diikuti dengan beberapa orang awam yang tidak jauh dengan mereka. Mereka terus bergegas menuju ke tengah-tengah pasaraya Jusco.

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now