Bab 21

107K 3.6K 150
                                    

Shahrul menggosok-gosok matanya. Sekali. Dua kali. Tetapi, penglihatannya masih memaparkan sepasang kekasih itu.

Lemah lututnya. Tidak terasa seperti ada selera ingin makan. Betulkah itu Fina? Jadi, siapa yang dikebumikan hari itu? Ya Allah..

"Encik?" lamunan terhenti. Shahrul memandang ke arah penjaga kaunter. Oh, sudah turn dia rupanya.

"Oh, maaf. Saya nak pesan garlic bread 2 sets, two mushroom soups, six chicken wings, one seafood pizza, one spaghetti, one beef pizza," pesan Shahrul. Walaupun dia sedang memesan tetapi matanya fokus ke arah 'Fina' dan Rayyan.

"Drinks?"

"3 Pepsi "

"Baiklah. Encik tunggu sekejap ya," Shahrul mengangguk. Tunggu lama pun tak apa. Boleh dia tengok 'Fina' dan Rayyan.

Tapi, sebenarnya Shahrul agak pelik sebab 'Fina' yang sekarang sudah memakai tudung dan baju muslimah. Betulkah itu 'Fina' ataupun..pelanduk dua serupa?

Perlukah dia menegur atau membiarkannya? Lagipun, lama lagi turn mereka untuk memesan makanan. Ya, mungkin dia perlu.

"Encik, ini pesanan encik," lamunan Shahrul terhenti sekali lagi. Dia mengangguk lalu mengambil beberapa straw. Dia menatang dua dulang dengan penuh berhati-hati.

"Terima kasih, sila datang lagi," Shahrul mengangguk dan menghadiahkan senyuman kecil kepada penjaga kaunter. Belum sempat ingin berlalu, dulang yang pertama dicapai.

"Eh, Aqilah buat apa kat sini?" soal Shahrul pelik. Mana tak pelik. Secara tiba-tiba je.

"Nak tolong Shahrul," balas Aqilah ringkas. Tangannya tangkas mengambil dulang. Macam dah biasa buat kerja je.

"Habistu Faris?" matanya sudah meliar mencari anaknya. Satu-satunya anaknya. Takut hilang pula.

"Auntie! Tengok papa tak nampak Faris pun!" Faris mencebik. Dia sebenarnya berada di belakang Aqilah selama ini. Setia memegang belakang baju Aqilah. Ingatkan nak buat suprise tapi lain pula jadinya.

Shahrul tersengih. "Sorry Faris. Faris comel sangat. Papa manalah nampak," pujukan Shahrul yang menerima muncungan dari Faris. Faris memeluk tubuhnya.

"Dah, dah. Faris, jom makan jom. Tadi beria-ria sangat nak pergi Pizza Hut kan," tegur Aqilah dengan nada lembut. Tak naklah Faris berkecil hati dengan dia. Sebenarnya, Faris yang ajak mereka makan di Pizza Hut. Tak sangka pula dapat berjumpa dengan 'kawan lama'.

"Aqilah, Shahrul nak pergi toilet kejap. Tolong jagakan Faris eh?" Aqilah mengangguk. Dia tersenyum.

"Okey Shahrul. Don't worry," Shahrul membalas kembali senyuman Aqilah. Lalu, kakinya dihalakan ke arah kaunter tadi.

Matanya meliar-liar memandang barisan beratur. Tapi, tak ada! Esy, tak mungkin dorang pergi secepat ni. Shahrul memanjangkan pula lehernya. Namun, pasangan kekasih tadi masih tidak kelihatan.

Tiba-tiba matanya tertancap di sebuah meja yang hujung. Dia ternampak Rayyan! Tapi, mana 'Fina'? Ah, itu tak penting. Yang penting, dia kena jumpa Rayyan dan beritahu hal yang sebenar!

Lelaki Dingin itu Suami Aku✔Where stories live. Discover now